Penjawat awam dalam video sokong Israel didapati positif dadah. Ini jenis dadah diambilnya

Penjawat awam dalam video sokong Israel didapati positif dadah. Ini jenis dadah diambilnya

Seminggu dua ini, isu penindasan Israel terhadap Palestin masih lagi hangat diperkatakan di media sosial. Majoriti rakyat Malaysia semestinya memberikan solidariti mereka kepada perjuangan rakyat Palestin.

Dalam suasana sebegitu, kecoh di laman sosial rakaman video seorang lelaki dipercayai penjawat awam yang menyokong Israel. Menerusi video berdurasi 59 saat tersebut, lelaki berkenaan dikatakan telah menyentuh sensitiviti agama sehingga mencetuskan rasa marah orang ramai.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai video viral tersebut sebelum memanggilnya ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk memberi keterangan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah. Suspek ditahan untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman selama dua hari bermula Rabu,

Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan didapati positif dadah morfin dan video dimuat naik ketika berada di bawah pengaruh dadah. Suspek ditahan untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman selama dua hari bermula Rabu.

Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan suspek untuk memuat naik video ke aplikasi TikTok. Tambahnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988.

Penagihan dadah di Malaysia semakin hari semakin membimbangkan

Penagihan dadah di Malaysia semakin hari semakin membimbangkan, bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan diri individu, bahkan mengundang kepada masalah sosial yang lebih berat sehingga boleh menggugat ketenteraman, keharmonian dan pembangunan sesebuah negara.

Statistik PDRM (2011) menunjukkan kira-kira 60 hingga 70 peratus kejadian jenayah ada kaitan dengan masalah dadah sementara kira-kira 45 peratus banduan yang terdapat di penjara Malaysia adalah terlibat dengan dadah.

Penyalahgunaan dadah ini akhirnya akan membawa kepada implikasi yang lebih buruk seperti HIV/AIDS, jenayah ragut, pecah rumah, ancaman terhadap kaum keluarga terdekat seperti ibu bapa, saudara mara seterusnya boleh membawa kepada ancaman terhadap masyarakat umum.

Ketagihan dadah juga boleh mengakibatkan penagih hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah membunuh untuk mendapatkan wang bagi tujuan memperoleh bekalan dadah.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *