Netizen gelar “PKP 3.01”. Ini peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan untuk kita semua

Ramai yang tertunggu pengumuman berkaitan sama ada akan diumumkan PKP penuh atau pun tidak. Akhirnya, pihak Perdana Menteri menyataka tiada PKP penuh dan hanya akan ada PKP yang diperketatkan.
Perincian mengenai PKP yang diperketatkan ini juga telah diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini. Pelbagai reaksi telah diberikan netizen sama ada menyokong atau pun tidak. Segelintir netizen menggelar PKP ini sebagai PKP 3.01.
SOP yang diperkenalkan dalam PKP yang diperketatkan ini
Berikut adalah catatan berdasarkan pengumuman oleh Menteri Pertahanan baru-baru ini.
- 80% kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah, membabitkan 750,000 pekerja. (Perincian akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara)
- 40% pekerja swasta akan bekerja dari rumah, membabitkan 6.1 juta pekerja. (Perincian akan diumumkan oleh MITI)
- Pengangkutan awam dihadkan 50% kapasiti penumpang, kekerapan juga akan dikurangkan.
- Operasi perniagaan dihadkan dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.
- Berkuatkuasa di seluruh Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan Labuan bermula 25 Mei
Di bawah adalah infografik yang disediakan oleh pihak Bernama untuk kefahaman yang lebih terperinci:
2.8 juta pekerja berdepan hilang punca pendapatan jika PKP penuh dilaksana
Dalam perkembangan lain, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul menyatakan bahawa hampir 2.8 juta pekerja informal dijangka berdepan dengan risiko kehilangan punca pendapatan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan.
Menurutnya, sekiranya sektor ekonomi ditutup, bilangan rakyat yang menggangur pula dijangka mencecah satu juta. Semasa PKP 1.0, 68 peratus perniagaan melaporkan tiada jualan atau hasil semasa, 42.5 peratus perniagaan memerlukan lebih daripada enam bulan untuk pulih dan dua daripada tiga perniagaan mempunyai atau akan menanggung tunggakan hutang dalam tempoh enam bulan
“Kita juga perlu ingat bahawa sektor pembuatan dan perkilangan juga menggaji ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah…
Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengimbangi antara melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat adalah secara PKP yang bersasar dan dipeketatkan dan bukan PKP secara menyeluruh,” katanya
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat