Pasangan ini positif COVID-19. Kongsi video serah anak-anak kecil kepada jiran bikin sebak

Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada semua orang. Ia telah mengajar kita semua, betapa pentingya “kita jaga kita.” Jika ada seorang sahaja yang mementingkan diri, maka satu kawasan menerima padahnya.
“Kita Jaga Kita” ini juga memberi cabaran kita untuk turut membantu jiran-jiran dan saudara-mara kita yang berhadapan kesusahan akibat jangkitan COVID-19. Sebelum ini, telah tular sebuah video di TikTok apabila sepasangan suami isteri terpaksa menyerahkan anak-anak mereka kepada jiran mereka sebagai langkah pencegahan COVID-19.
Menerusi video berdurasi 1 minit 1 saat itu kelihatan anaknya yang seolah-olah keliru dengan situasi itu menangis kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapanya di pagar rumah sebelum diambil jirannya.
@ramziyusof #COVIDISREAL JANGAN MAIN MAIN WAHAI RAKYAT MALAYSIA..BUATLAH PKP PENUH KAMI SENDIRI PUN TAK TAHU DARI MANA DATANG ALLAHU..
Semua orang deawasa positif termasuk kakak dan suami, anak kecil semua negatif
Nor Era Fadzirah, 27 dan Mohamad Ramzi Mohamed Yusof, 30, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Khamis lalu. Mereaka tiada pilihan lain dan terpaksa membuat keputusan menyerahkan anaknya kepada jiran. Adik-beradik terdekat mereka iaitu kakak kepada Era Fadzirah itu juga disahkan positif termasuk suaminya sekali.
Namun, mereka bersyukur kerana, hanya dua anaknya yang berusia 10 bulan dan tiga tahun, selain anak kepada kakaknya yang berusia lima tahun disahkan negatif daripada wabak itu.
“Keputusan (ujian calitan) keluar jam 11 malam pada hari sama dan klinik maklumkan semua orang dewasa positif, manakala keputusan kanak-kanak pula negatif.
Pada waktu itu, kami semua buntu sebab anak kecil lagi, urusan penjagaan macam mana, Bersyukur dapat jiran yang baik, biasanya orang lain pasti jauhkan diri tetapi mereka sanggup ambil risiko tolong jaga anak kami buat sementara waktu ini,” katanya kepada Harian Metro
Mujurlah jiran sebelah rumahnya yang sudah dikenalinya sejak tiga tahun menghulurkan bantuan secara sukarela menjaga dua orang anaknya dan anak buahnya itu.
Ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati kerana kanak-kanak tidak salah
“Agak sedih sebenarnya bila sebut pasal anak sebab tak pernah berenggang dan kami terpaksa berjauhan dalam masa yang lama.
“Kerana itu kami ingin nasihatkan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati kerana kanak-kanak tidak salah, kita sebenarnya pembawa virus itu apabila kita keluar bekerja dan sebagainya.
“Orang tua kita, anak dan golongan berisiko yang menjadi mangsa. Memanglah setengah kanak-kanak mempunyai antibodi lebih kuat tapi kita tidak tahu apa akan jadi nanti dan kami tidak mahu ambil risiko,” katanya.
Dia memberi kepercayaan kepada jirannya dalam urusan penjagaan kerana sudah mengenali hati budi masing-masing selain turut mempunyai dua orang anak yang berusia tiga dan tujuh tahun. Jiran mereka yang merupakan pasnagan suami isteri disahkan negtif melalui ujian calitan.
Sebagai langkah berhati-hati dia mengemas barang keperluan anaknya itu dengan memakai set alat perlindungan peribadi (PPE) buatan sendiri. D
ia turut mengurangkan sentuhan dan mengasingkan diri daripada anaknya sebaik keputusan keluar dan menyerahkan penjagaan anak kepada jiran pada pagi Jumaat lalu.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat