Frontliner kongsi kisah pesakit COVID-19 lari hospital, pergi shopping dengan bakal tunang

Frontliner kongsi kisah pesakit COVID-19 lari hospital, pergi shopping dengan bakal tunang

Kesusahan yang kita hadapi sepanjang pandemik COVID-19 ini memang berlainan mengikut situasi masing-masing. Untuk para peniaga kecil, pastinya cabaran dari segi mendapatkan pelanggan. Bagi pekerja harian, cabaran mereka kerana terpaksa membiasakan diri dengan “work from home”.

Lain pula ceritanya bagi para petugas kesihatan, saban hari berdepan secara terus dengan para pesakit COVID-19 yang sudah hampir dua tahun ini. Pelbagai keluhan dan cerita sedih dikongsikan mereka di media sosial untuk tatapan kita semua.

Salah satunya adalah cerita yang dikongsikan oleh seorang petugas barisan hadapan bernama Faizul Azim. Kalau anda semua baca pun, psati rasa geram dan marah.

“Balik rumah claim kat mak doktor discaj sebab dia negative.”

Menurut status Faizul Azim, kejadian ini berlaku pada 22 Mei 2021. Seorang pesakit positif COVId-19 telah melarikan diri dari hospital tempat dia dirawat.

“Balik rumah claim kat mak doktor discaj sebab dia negative. (Mak U/L Diabetes, HPT, DFU.) Aku, polis, inspector kesihatan pergi rumah. Takde kat umah. Mak cakap pergi shopping dengan bakal tunang kat Metro Kajang. Kami terpinga-pinga.”

Akhirnya, pesakit ini tadi ditangkap di depan restoran KFC di Metro Kajang. Tulisnya lagi, pesakit ini berumur 24 tahun dan menghidap U/L Type 1 Diabetes.

“Adakah beliau cuba untuk bunuh diri dan orang-orang sekitar? #FrontlinerDiary #CovidFighter #NakBerayaJugak” tulisnya

Dialog dalam filem P. Ramlee, “kecil-kecil tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang.”

Daripada cerita di ataa, pesakit ini telah merisikokan dirinya sendiri dan orang di sekelilingnya. Sifat ini amat tidak bertanggunjawan serta menyusahkan orang ramai. Bak kata dialog dalam filem P. Ramlee, “kecil-kecil tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang.”

Kita semua kena sedar terdapat tiga kumpulan yang akan sakit teruk apabila dijangkiti COVID-19. Berikut adalah senarainya:

  1. Wanita Hamil: Menurut Dr. Alan Fishman, wanita hamil yang dijangkiti COVID-19, 5.5 kali lebih berkemungkinan akan krtikal dan dimasukkan ke hospital berbanding wanita yang tidak hamil.
  2. Penghidap Diabetes: Pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di US telah menyenaraikan pesakit diabetes jenis 2 sebagai mereka yang berada dalam tahap ‘risiko meningkat’ terkena akibat buruk jika dijangkiti COVID-19. Tak terlepas juga, pesakit diabetes jenis 1 yang mungkin mengalami akibat buruk jika terkena COVID-19.
  3. Orang Tua: Ini kerana mereka yang lebih tua agak cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan yang rendah serta mengidap beberapa penyakit seperti sakit jantung. Jadi, agak mencabar jika warga tua terkena COVID-19.

Teruskan mematuhi SOP serta dapatkan vaksin secepat mungkin. Jika belum dapat vaksin, mari kita sama-sama mendesak kerajaan agar Program Vaksinasi Kebangsaan dipercepatkan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *