Rakaman dron tunjukkan ratusan kubur pesakit COVID-19 di Sungai Ganges. Ini sebabnya
Rakaman dron yang mengejutkan menunjukkan ratusan tapak pengebumian yang bersepah di sepanjang Sungai Ganges di India ketika gelombang koronavirus kedua terus melanda negara itu.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, mayat orang yang dipercayai kebanyakannya mati akibat COVID-19, ditemui sama ada terapung di sungai atau terkubur di tebing pasir sungai.
Mereka yang tinggal dekat dengan lokasi, di utara Uttar Pradesh, membuat spekulasi bahawa ahli keluarga meyemadikan orang yang mereka sayangi di tepi sungai kerana tidak ada cukup ruang di tempat membakar mayat tempatan atau kerana mereka tidak mampu membeli kayu untuk membuat pengebumian, seperti dilaporkan Al Jazeera News.
Selain itu, perairan sungai ini dipercayai mempunyai kuasa penyucian.
Drone footage shows hundreds of graves along the banks of the River Ganges in India. Many of those buried are thought to have died from #COVID19.
Get more news from around the world: https://t.co/pmROrmQ7e7 pic.twitter.com/ouln46gl1z
— Sky News (@SkyNews) May 22, 2021
Anjing melahap mayat dan menjatuhkan tulang dan daging di tempat kediaman kami
“Kami hidup dalam keadaan ngeri. Anjing melahap mayat dan menjatuhkan tulang dan daging di tempat kediaman kami. Dan kerajaan tidak melakukan apa-apa,” kata seorang penduduk tempatan kepada Telegraph.
Jumlah mayat yang dijumpai di sepanjang tebing sungai tidak dapat disahkan, kerana pihak berkuasa tempatan belum membuat pengisytiharaan umum.
“Rata-rata 40 mayat dibawa ke sini setiap hari dan dikebumikan atau ditinggalkan di sini. Kematian Covid telah menakutkan kami. Kami tidak tahu siapa yang akan menuntut atau mengira mayat-mayat ini.” kata penduduk tempatan lain di kampung Dongri kepada Telegraph.
India masih berada di tengah-tengah gelombang koronavirus kedua yang dahsyat. Ia telah dialporkan lebih dari 26 juta kes dan lebih dari 295,000 kematian sejak bermulanya wabak ini, menurut kajian dariUniversiti Johns Hopkins.
Tetapi para pakar bimbang jumlah sebenarnya yang berkemungkinan lima hingga 10 kali lebih tinggi.
Sumber: Insider
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat