Pakar IT dedah masalah sebenar website pendaftaran vaksin yang lembap. Ini sebabnya

Rakyat di negara kita belum mencapai imuniti kelompok atau herd immunity untuk membendung penularan virus COVID-19. Pelbagai faktor yang menjadi punca kepada isu ini.
Rakyat kita sangat bersungguh-sungguh untuk menerima vaksin awal seperti yang berlaku dalam pendaftaran vaksin AstraZeneca baru-baru ini. Dilaporkan, sebanyak 1,261,600 dos diperuntukkan untuk pusingan kedua program vaksin Astrazeneca ini yang dapat dilakukan berikutan penghantaran vaksin pada 21 Mei lalu.
Malangnya, apabila hari pendaftaran tiba, kebanyakan rakyat meluahkan rasa marah dengan sistem website yang sukar diakses walaupun sudah dicuba berulang-ulang kali. Isu ini telah menyebabkan pakar-pakar IT turut bersuara.
Kalau seorang refresh 20 kali, confirm bottleneck
Seorang pengguna FB, Najib Bakar telah mendedakan beberapa masalah website dan sistem pendaftaran vaksin di vaksincovid.gov.my. Dia juga telah menghubungi dan bertanya pendapat dua orang rakannya yang juga arkitek software untuk mendapatkan pandangan.
Berikut adalah masalah-masalah yang terdapat dalam sistem pendaftaran vaksin AstraZeneca:
“1. Cloudfare UI depa guna free version. Kalau hari biasa takpa sebab hit rendah. Bila nak open registration ni, kena la upgrade yang berbayar. Orang serbu kot.
2. CORS ni error multi cross platform. Setting dalam server yang melibatkan CORS error tu depa kena set ALLOW. Dan jadi isu kerana cloudflare return error instead of server api depa. Kira tak sampai nak ketuk pintu rumah polis dah block depan jalan.
3. Depa pakai konsep list (senarai tarikh-tarikh) tu dari API direct ke AWS. Bila design camni, setiap kali orang refresh, page akan call list tu dari AWS cloud. Memang jem la AWS, kalau sorang refresh 20 kali, confirm bottleneck. Patutnya guna pubsub broadcast dari server ke client. Takdak request, so tak heavy load server hampa tu.
4. Dari segi AWS setup, dgn harga tinggi camtu, patutnya scaleable lah. Yang ni tak dapat dipastikan setting camna. Kalau tak scaleable, teruk sangat nih.” – tulinsya
Tulisnya lagi, semua mengalami bottleneck yang menyebabkan sistem sesak dan lembap. Baginya, tak perlu bagi alasan software architect tak tahu kerana sistem ini dilaporkan mahal berpuluh juta.
“Memang layak la kena maki bertubi-tubi. Orang menunggu dari dinihari. Tengok-tengok sampai ke sudah menanti. Memang la depa maki!”
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat