COVID-19 tak hanya merebak melalui cecair batuk bersin, tetapi juga melalui ruang udara

COVID-19 tak hanya merebak melalui cecair batuk bersin, tetapi juga melalui ruang udara

Dalam situasi dunia mengalami pandemik COVID-19, kita berada dalam situasi sama ada sudah divaksin atau pun masih menunggu untuk divaksin. Sementara menunggu untuk mencapai imuniti kelompok (herd immunity), kita mestilah teruskan menjaga SOP yang sepatutnya.

Para saintis masih lagi bertungkus-lumus untuk terus mengkaji mengenai COVID-19. Hasil-hasil kajian ini diharapnya dapat memberi lebih banyak peluang kepada komuniti dunia untuk memperbaiki cara hidup dalam menghadapi virus COVID-19.

Titisan yang berukuran di bawah lima mikrometer mampu berada di udara

Sekumpulan saintis antarabangsa telah mendakwa bahawa COVID-19 merebak di udara sejauh dua meter. Menurut kajian berkaitan, apabila orang yang dijangkiti menghembus nafas, mereka mengeluarkan titisan.

Titisan yang berukuran di bawah lima mikrometer mampu berada di udara selama beberapa jam dan bergerak hingga puluhan meter, kata mereka. Bukti kajian yang kuat telah ditemui oleh para pengkaji pada tahun lepas diterbitkan oleh Nature.com.

“Di dalamnya, para penyelidik mengukur bahan genetik virus, atau RNA, dalam aerosol yang diambil sampelnya pada bulan Februari dan Mac di dua rumah sakit di Wuhan, China – kota di mana wabak ini dipercayai telah bermula.

Para penyelidik menemui tahap RNA virus udara yang sangat rendah di wad pengasingan hospital dan di bilik pesakit yang berventilasi. Tetapi terdapat tahap yang jauh lebih tinggi di beberapa kawasan tandas pesakit.” tulis Scientific American

Namun begitu, kajian-kajian akan terus dilakukan bagi mendapatkan bukti-bukti yang lebih kuat dan berskala besar. Pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akan terus menghasilkan satu dapatan ilmiah yang menggabungkan penemuan dan pengetahuan mengenai kaedah penularan.

Dr Noor Hisham kata turut merebak di ruang udara jadi pakai lebih dari satu lapisan

Baru-baru ini, Dr Noor Hisham telah menyarankan agar kita memakai lebih dari satu lapisan pelitup muka kawasan awam terutamanya bagi zon yang berisiko tinggi.

“Kalau kita lihat COVID-19 tidak hanya merebak menerusi cecair malah ia turut merebak di ruang udara jadi pemakaian pelindung muka juga amat digalakkan di kawasan berisiko.

Pakai pelitup muka melebihi satu lapisan tidak diwajibkan tetapi memakai pelitup muka itu wajib,”

Orang ramai turut disarankan untuk menggunakan jenis pelitup muka yang disarankan pihak KKM seperti jenis N-95 yang dikatatakan mampu menapis virus lebih 95 peratus.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *