Selesai suntikan kepada rakyat. Negara ini telah benarkan rakyat keluar tanpa pelitup muka

Semua negara sedang bertungkus-lumus memerangai pandemik COVID-19 di negara masing-masing. Sudah ada negara yang mula menunjukkan penurunan kes harian kerana pengurusan oleh kerajaan yang baik serta kerjasama rakyat.
Kini, sudah ada negara yang berjaya hingga rakyat tidak lagi wajib untuk memakai pelitup muka apabila berada di luar. Negara tersebut berada di benua Eropah, iaitu negara kecil Gibraltar (wilayah luar negara British).
Rasa macam janggal apabila tak pakai pelitup muka di luar
Memakai topeng di tempat awam tidak lagi wajib di Gibraltar, kecuali apabila berada dalam pengangkutan awam seperti bas. Perubahan kepada kehidupan normal ini pada mulanya terasa janggal setelah lama terbiasa dengan pelitup muka.
“Anda rasa macam terlupa sesuatu, atau melakukan sesuatu yang salah. Saya fikir secara psikologi, kita harus menyelesaikannya.” kata Menteri Kesihatan Gibraltar, Samantha Sacramento kepada DW
Perintah berkurung telah ditarik balik. Bar dan restoran dibenarkan dibuka sehingga jam 2 pagi, seperti sebelum wabak melanda. Penduduk tempatan telah menyatakan rasa lega dengan pengurangan sekatan ini.
“Mudah-mudahan kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti sebelumnya,” kata seorang pelayan kepada DW
Rahsia kejayaan wilayah Gibraltar dalam menangani COVID-19
Gibraltar – Wilayah Luar Negara Britain yang terletak di hujung selatan Sepanyol – kembali ke keadaan normal sebelum wabak. Ini semua adalah berkat usaha vaksinasi yang teratur, menurut Menteri Kesihatan Gibraltar, Samantha Sacramento.
Hampir semua 34,000 penduduk Gibraltar telah disuntik, bersama dengan sebahagian besar dari 10,000 pekerja luar dari Sepanyol yang bekerja di Gibraltar.
“Saya gembira dapat mengatakan bahawa Gibraltar menjadi negara pertama di dunia yang menyelesaikan keseluruhan program vaksinasi orang dewasa,” kata Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock
Ia tentunya membanggakan kerana kempen vaksinasi paling cepat di Eropah. Saiz geografi Gibraltar yang kecil telah banayk membantu. Ini juga membuktikan bahawa Britain memberikan dos vaksin yang mencukupi sehingga Gibraltar tidak pernah menghadapi kekurangan.
Sumber: DW Media
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat