Tahap genting di negara kita. Doktor terpaksa pilih pesakit mana yang perlu diselamatkan

Tahap genting di negara kita. Doktor terpaksa pilih pesakit mana yang perlu diselamatkan

Situasi di negara kita kini berada pada tahap yang sangat genting dan kritikal. Sistem kesihatan awam juga sedang diuji dengan kuat sekali oleh pandemik COVID1-9.

Dalam laporan Astro Awani, keadaan kritikal ini disahkan sendiri oleh Dr Noor Hisham Abdullah, apabila para doktor terpaksa memberi keutamaan kepada pesakit COVID-19 yang mempunyai kadar kesembuhan tinggi di unit rawatan rapi (ICU) hospital berikutan kapasiti yang terhad.

“Apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan kami untuk merawat, maka para doktor terpaksa membuat pilihan sukar untuk utamakan katil ICU bagi pesakit yg berpotensi sembuh yang tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuh rendah (poor prognosis). Terkini inilah hakikat sebenar,” katanya

Dalam tempoh 1 Mei hingga 29 Mei 2021, sebanyak 1,144 kematian direkodkan

Menurut Dr Noor Hisham lagi, keadaan itu membataskan kemampuan petugas barisan hadapan untuk melakukan rawatan, terutama membabitkan kapasiti katil di ICU.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberitahu, dalam tempoh 1 Mei hingga 29 Mei 2021, sebanyak 1,144 kematian direkodkan menjadikan ia jumlah kematian bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kes kematian harian akibat COVID-19 melonjak kepada 98 kes pada Sabtu, tertinggi sejak virus itu dikesan di negara ini tahun lalu.

Dr Noor Hisham dalam kemas kini data harian COVID-19 memaklumkan, kumulatif kes kematian di negara ini adalah 2,650 kes.
Pada masa sama, Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu direkodkan pada Sabtu.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *