Biji hitam ni mampu kembalikan awet muda? Cubalah buat ‘Kek Lemon Poppy Seeds’ ni

Biji hitam ni mampu kembalikan awet muda? Cubalah buat ‘Kek Lemon Poppy Seeds’ ni

Kek dan biskut biasanya dikaitkan sebagai pemakanan yang tak sihat kerana kandungan gula yang tinggi. Malah, ia juga dikatakan kurang nutrisi dan lebih kepada manisan semata-mata. Tapi sebenarnya, ada je cara yang membuatkan ia berkhasiat, tapi masih sedap untuk dimakan!

Apa kata, cuba pula Kek Lemon Poppy Seeds ni yang kaya dengan rasa citrus segar, dan ditambah dengan bijian hitam kecil yang padat dengan nutrien yang diperlukan tubuh.

Jadi apa tunggu lagi? Ini Kek Lemon Poppy Seeds yang bukan saja segar dan berkhasiat, tapi mudah dan ringkas!

Apa yang membuatkan KEK LEMON POPPY SEEDS ini sihat?

Resipi kek ni sihat sebab:

  1. Kek lemon poppy seeds ni menggunakan manisan semula jadi iaitu madu atau sirap maple, dan bukannya gula putih.
  2. Ia juga menggunakan bahan asli iaitu lemon sendiri untuk rasa dan pewarna asli. Lemon bersaiz sederhana mengandungi 40% vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan, di mana ia merupakan antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan.
  3. Mentega digantikan dengan sumber minyak lain iaitu minyak kelapa dara, atau minyak sayuran.
  4. Ia dibuat dengan 100% whole wheat flour (boleh juga tepung oat), tidak seperti resipi kek lemon lain yang menggunakan tepung halus dan banyak gula yang diproses.
  5. Kandungan poppyseeds, atau biji kas-kas sendiri yang mempunyai banyak khasiat luaran dan dalaman – mencantikkan kulit, mengelakkan kulit dari kering, dan disebabkan kandungan makronutriennya.
  6. Malah, poppyseeds juga tinggi dengan kandungan fiber, magnasium dan kalsium yang bukan saja baik untuk kesihatan secara keseluruhan, malah membantu menurunkan berat badan!
Contoh blue poppy seeds, atau biji kas-kas biru. Imej dari buywholefoodsonline.co.uk

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum (100% whole wheat flour)
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan biji poppy/ poppyseeds
  • 1 cawan buttermilk (boleh ganti susu segar + 1 sudu jus lemon)
  • Parutan kulit 2 biji lemon
  • 2 sudu makan jus lemon segar
  • 1 cawan mentega (boleh digantikan dengan minyak sayuran)
  • 1 1/2 cawan gula kastor yang boleh digantikan dengan madu atau sirap maple
  • 4 biji telur gred B

Cara Buat Resepi Kek Lemon Poppy Seeds :

1. Panaskan oven hingga 180°c, dan pasangkan rak oven di kedudukan tengah. Bekas kek tadi kita oleskan dulu dengan mentega, dan ketepikan sementara waktu.

2. Dalam mangkuk bersaiz sederhana, ayak tepung, baking soda, garam. Ketepikan dulu kesemua bahan kering ni.

3. Dalam mangkuk kecil, satukan buttermilk, parutan kulit lemon dan jus lemon. Ketepikan dulu bahan tadi.

4. Ini yang paling penting. Adunkan butter dan gula pada kelajuan sederhana hingga ringan dan gebu, 3-4 minit dalam pengadun elektrik. Pastikan ia betul-betul gebu.

5. Kemudian, ambil sebiji mangkuk kecil dan pecahkan telur sebiji demi sebiji. Pukul secara berasingan setiapnya. Dengan pengadun pada kelajuan rendah, pukul satu perempat campuran tepung, kemudian sepertiga campuran buttermilk. Pukul satu per empat campuran tepung, kemudian satu per tiga campuran susu.

6. Ulangi dengan seperempat lagi campuran tepung dan baki campuran susu. Tak perlu masukkan pewarna atau perisa langsung sebab kulit lemon dan perahan jus lemon tu sendiri mencukupi dan akan memberi rasa segar yang asli. Akhir sekali, pukul baki adunan tepung.

7. Bila dah siap campuran adunan kek tadi, masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 65 hingga 75 minit, atau sehingga bahagian atas kek berwarna keemasan dan guna lidi untuk uji kek yang keluar itu bersih atau tak.

8. Lepas bakar, bawa keluar seketika dan tunggu suhu turun seketika. Sementara menunggu kek sejuk sikit, boleh pilih sama ada nak buat hiasan glaze atau tak di atas kek. Kalau tak nak pun tak apa, untuk kurangkan kalori.

9. Tapi kalau nak, pukul sedikit gula icing dan campurkan dengan jus lemon. Biarkan likat sedikit supaya nampak cantik je di atas kek nanti. Hiaskan juga dua hingga tiga keping lemon di atas kek supaya nampak cantik dan menyelerakan.

Manis tak salah, cuma berpada-pada

Jadi dengan resipi yang kita kongsikan tadi, harapnya ia bolehlah mengurangkan sedikit craving makan makanan manis, tetapi lebih sihat. Yang penting, jaga pemakanan sebaik-baiknya dan berpada-pada.

Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman!

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *