Tiga jururawat kantoi ziarah rakan bergelang pink. Ini apa yang berlaku kepada mereka

Tiga jururawat kantoi ziarah rakan bergelang pink. Ini apa yang berlaku kepada mereka

Jarang kita dengan petugas barisan hadapan dikompaun kerana melanggar SOP. Ini berkemungkinan kerana mereka lebih memahami dan ingin menjadi kepada orang awam yang lain.

Agak mengejutkan apabila tiga jururawat wanita yang bertugas di sebuah hospital swasta di Sungai Petani masing-masing dikompaun RM4,000 pada 31 Mei yang lalu. Mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Datang ziarah rakan yang sedang menjalani kuarantin di rumah

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah pihak polis mengesan mereka yang berumur antara 34 dan 45 tahun itu menyampaikan sumbangan kepada rakan mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

“Hasil soal siasat berpandukan gambar yang tular dalam Facebook ini, didapati ketiga-tiga mereka ini tidak mematuhi SOP PKP dan telah dikeluarkan tindakan kompaun.

“Polis mengesan penama Facebook tersebut pada 9.10 malam dan penama ini mengaku telah pergi bersama dua orang lagi rakannya ke rumah rakan yang memakai ‘gelang pink’ ini di Kampung Pulau Tengah, Sungai Petani, dan ketiga-tiga jururawat ini hadir di balai polis,” katanya 

Kompaun ini telah dikeluarkan terhadap jururawat itu mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 (Aktiviti Terlarang Nombor 1).

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam apa jua aktiviti sekali pun termasuk untuk tujuan kebaikan.

Individu yang dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah

Untuk maklumat semua, Kementerian Kesihatan telah menetapkan lima warna gelang berbeza untuk dipakai individu yang perlu menjalani kuarantin mengikut stok dan kawasan pemantauan.

Warna gelang tersebut ialah merah jambu, putih, biru, merah dan kuning yang dipakaikan kepada individu yang menjalani tempoh kuarantin.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menulis nama, tempat dan tarikh saringan dilakukan pada gelang berkenaan sebelum dipakaikan kepada individu terbabit untuk menjalani tempoh kuarantin.

“Individu yang dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga. Gelang kuarantin itu hanya boleh dipotong oleh pihak PKD selepas tempoh kuarantin tamat.

“Sekiranya ada individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, ia perlu dilaporkan kepada polis bagi melindungi masyarakat daripada risiko jangkitan COVID-19,” – kata Dr Noor Hisham

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.