Negara jiran kita temui virus COVID-19 kacukan varian UK & India. Virus ini merebak di udara

Negara jiran kita temui virus COVID-19 kacukan varian UK & India. Virus ini merebak di udara

Virus COVID-19 ini sentiasa bermutasi serta membentuk varian baru yang mungkin lebih merbahaya. Varian ini pula kebanyakan dari luar rantau Asia Tenggara.

Negara-negara di Asia Tenggara sebelum ini telah mengesan tujuh varian virus: B.1.222, B.1.619, D614G, B.1.1.7 – dikenali sebagai varian UK, B.1.351, A.23.1 dan B.1.617.2 – “varian India”.

Di Vietnam, satu varian baru dilaporkan telah ditemui yang merupakan kacukan varian India dan UK. Kes kacukan varian baharu COVID-19 campuran varian India dan UK setakat ini hanya dilaporkan di Vietnam dan masih belum dikesan di negara lain, termasuk Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, setakat ini, empat varian membimbangkan (VOC) sudah dikenal pasti iaitu varian UK, India, Brazil dan Afrika Selatan.

“Kita bimbang dengan varian baharu yang dikesan di rantau ini. Ini mungkin menyebabkan pertambahan kes dan merebak dengan lebih cepat serta kemungkinan membawa lebih banyak kematian,” katanya.

Varian kacukan India dan UK didapati merebak di udara

Menurut Media Vietnam, negara itu mengesan varian kacukan India dan UK, yang didapati merebak dengan cepat melalui udara dan merbahaya.

Dr Noor Hisham berkata, bagi meningkatkan kawalan dan saringan di pintu masuk negara, KKM sudah meningkatkan tempoh kuarantin bagi mereka yang pulang dari negara yang mempunyai VOC kepada 14 hari.

Selain itu, katanya, tempoh kuarantin bagi mereka yang balik dari India, Nepal, Bangladesh dan Pakistan juga ditambah kepada 21 hari.

“Saringan akan dijalankan untuk memastikan kita dapat menghalang varian baharu masuk ke negara kita,” katanya.

Varian ini punca peningkatan kes di Vietnam

Dari pemahaman WHO ketika ini, varian yang dikesan di Vietnam adalah varian B.1.617.2, lebih dikenali sebagai varian India, mungkin dengan mutasi tambahan, kata Maria Van Kerkhove, Ketua Teknikal WHO untuk COVID-19.

“Bagaimanapun kami akan memberikan lebih banyak maklumat segera setelah kami menerimanya,” kata Van Kerkhove.

Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Thanh Long mengatakan budaya makmal varian baru menunjukkan virus itu mereplikasi dirinya dengan sangat cepat, mungkin menjelaskan mengapa begitu banyak kes baru muncul di berbagai tempat di negara ini dalam jangka waktu yang singkat.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *