“Itulah salam terakhir”. KKM kongsi gambar detik kematian seorang pesakit COVID-19

“Itulah salam terakhir”. KKM kongsi gambar detik kematian seorang pesakit COVID-19

Angka kematian akibat pandemik COVID-19 semakin meningkat setiap hari. Setakat hari ini sahaja (2 Jun 2021), jumlah kematian adalah seramai 2,993 orang dan akan terus meningkat.

Jika dulu kita hanya mendengar individu tertentu yang tak dikenali meninggal dunia, hari ini saudara dan jiran kita sudah menjadi salah seorang daripada angka kematian yang dicatatkan. Ia pasti membuat kita merasa sedih dan pilu mengenang hari-hari mendatang.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui page FB mereka telah berkongsi detik-detik kematian seorang pesakit COVID-19. Dalam perkongsian itu turut ditulis prosedur bagaimana ia diuruskan sebelum pesakit menghembuskan nafas terakhir.

“Seorang pesakit COVID yang ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan. Prosedur sebelum ditidurkan kami akan minta pesakit mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui video call sahaja..mungkin itulah salam terakhir pada keluarga…

Dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit COVID aku. Moga ditempatkan bersama para solihin. Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri. Mati tu pasti… Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.” tulis Shahrin Shabudin

Perkongsian sebegini amat menyedihkan sekali. Kita yang masih diberi peluang untuk hidup ini mungkin selepas ini boleh menjalankan amanah sebaik mungkin dengan menjaga SOP, mendapatkan vaksin dan melakukan saringan.

Apa yang perlu dilakukan jika bergejala atau kontak kepada positif COVID-19?

Langkah-langkah yang perlu dilakukan jika bergejala atau kontak kepada positif COVID-19 ada seperti berikut:

1. Jalani pemeriksaan dan ujian saringan

2. Jika positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK-Ag, maklumkan kepada KKM melalui dua cara:

  • Self Notification (Notifikasi Kendiri) di aplikasi MySejahtera
  • Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)

3. Pergi ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berhampiran untuk penilaian lanjut dan bawa bersama keputusan ujian

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *