Negara jiran kita berjaya bangunkan vaksin sendiri. Ini teknologi digunakan mereka

Selain mengharapkan pembelian vaksin dari luar negara, terdapat juga negara yang membangunkan vaksin COVID-19 mereka sendiri. Menariknya, antara negera tersebut ialah jiran kita sendiri iaitu Thailand.
Menurut Wakil jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun, vaksin COVID-19 RNA (mRNA) dinamakan ChulaCov19. Ia dibangunkan Universiti Chulalongkorn telah berjaya dalam percubaan ke atas tikus dan monyet.
“Vaksin ini akan memasuki tahap pertama percubaan klinikal ke atas manusia bulan ini dan jika berhasil, ia akan dikeluarkan secara besar-besaran dalam tahun depan.
Ini adalah sebahagian rancangan untuk menyediakan lebih banyak bekalan vaksin domestik yang selamat untuk negara ini,” katanya
Percubaan fasa pertama ke atas manusia akan dimulakan pada bulan ini
Pada bulan ini, selepas kejayaan pada ujian praklinikal yang agak memberangsangkan, vaksin ChulaCov19 akan diuji ke atas manusia bagi fasa pertama.
Kata Pengarah Pusat Penyelidikan Vaksin Chula, Dr Kiat Ruxrungtham, percubaan fasa pertama akan melibatkan kira-kira 100 orang untuk mengetahui sama ada dos yang diberi sesuai untuk menghasilkan tindak balas imun.
“Kami merancang untuk memulakan ujian klinikal fasa I ke atas manusia pada Jun, dan sudah membangunkan vaksin generasi berikutnya terhadap varian virus B.1.351 dan B.1.1.7.
“Kami juga memantau rapat B.1.617, yang pertama kali muncul di India. Kami gembira usaha itu berhasil setakat ini, tetapi memerlukan lebih dari setahun untuk menjalankan ujian klinikal manusia – ketinggalan hampir setahun di belakang syarikat farmaseutikal utama dunia,” katanya
Teknologi yang digunakan dalam ChulaCov19
Pembangunan vaksin ini diketuai oleh Dr Kiat Ruxrungtham yang telah membangunkan makmal penyelidikan vaksin sejak lebih dari satu dekad yang lalu. Pasukan mereka telah membangunkan vaksin untuk melawan demam denggi, leptospirosis dan barah menggunakan banyak teknologi yang berbeza.
Pada tahun 2017, mereka telah menjemput pelopor teknologi mRNA, Drew Weissman dari University of Pennsylvania di Philadelphia, untuk bercakap di forum tahunan mereka.
Kami kemudian mula bekerja dengan Weissman mengenai vaksin mRNA untuk alahan. Tetapi ketika COVID-19 menular, mereka memutuskan untuk fokus merancang vaksin COVID-19 sebagai gantinya.
“Kehebatan vaksin menggunakan mRNA adalah ia lebih cepat dihasilkan dan dapat dibuat pada skala besar, serta dapat mengurangkan kosnya dalam jangka panjang.
Vaksin ini menggunakan sebahagian kecil bahan genetik – mRNA – untuk memberitahu sel bagi membuat protein virus tertentu, seperti pepaku protein yang digunakan SARS-CoV-2 untuk memasuki sel badan manusia.” katanya
Sekiranya berjaya, Thailand muncul sebagai pembekal vaksin mRNA yang penting di Asia.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat