Jururawat sarat mengandung 7 bulan meninggal dijangkiti COVID-19 dari pesakit. Ini kisahnya

Jururawat sarat mengandung 7 bulan meninggal dijangkiti COVID-19 dari pesakit. Ini kisahnya

Petugas kesihatan merupakan golongan yang paling berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Setiap hari, mereka akan mengerah keringat menguruskan para pesakit COVID-19 bagi memastikan semua urusan mereka dijaga rapi.

Apabila terdapat berita mengenai para petugas kesihatan disahkan positif COVID-19, kita semua turut merasa sedih dan bimbang. Inikan pula berita kematian petugas kesihatan.

Begitulah sedihnya apabila berita seorang jururawat yang sarat mengandung tujuh bulan telah meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Berjangkit dari serang pesakit di dalam wad

Jururawat berkenaan dikenali sebagai Siti Aishah binti Mohd Zamri, dikatakan sedang sarat mengandung tujuh bulan dan telah dijangkiti COVID-19 dari pesakit di dalam wad.

Kemudiannya, dia telah terlantar serta tidak sedarkan diri ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Labuan. Berita yang begitu menyedikan telah diterima, dia telah kembali ke rahmatullah bersama-sama bayi yang sedang dikandung pada pukul 10.45 pagi.

Menerusi Facebook suaminya, Muhammad Iqmal, dia sebelum ini ada memuat naik berkenaan kesihatan Siti Aishah sebelum ini dengan meminta warganet supaya mendoakan keselamatan isteri serta anak sulungnya yang masih di dalam kandungan.

Namun, perancangan Allah lebih hebat apabila petugas barisan hadapan ini ‘gugur’ sebagai wirawati melawan wabak COVID-19 durjana ini.

Ibu mengandung golongan berisiko sakit teruk jika dijangkiti COVID-19

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di US sebelum ini telah mengeluarkan senarai kumpulan-kumpulan komuniti yang dipercayai akan mengalami kesan teruk dari jangkitan COVID-19. Salah satu kumpulan itu adalah para ibu yang hamil.

Dr Alan Fishman, Pengarah Perubatan Obstetrix Medical Group di California mengatakan bahawa kehamilan ini adalah situasi di mana pelbagai perubahan hormon sedang bercampur aduk. Ia juga adalah tekanan pada tubuh wanita yang sihat.

Itulah sebabnya, jika seseorang wanita hamil terkena jangkitan COVID-19, dia mungkin menghadapi kesan yang teruk.

“Nampaknya wanita hamil [yang mengidap COVID-19] 5.5 kali lebih berkemungkinan untuk dimasukkan ke hospital daripada wanita yang tidak hamil,” – Dr Alan Fishman, petikan dari Healthline

Walaupun tiada bukti bahawa wanita hamil lebih cenderung terkena COVID-19, tapi risikonya tetap ada. Jadi, perlulah sentiasa berhati-hati dan berwaspada.

Pakai pelitup muka, basuh tangan anda, jaga jarak fizikal, dan asingkan diri ketika diperlukan dan jangan tinggalkan sebarang janji temu perubatan ketika hamil.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *