22-Jan-2022 08:25:03 AM

FOLLOW US ON SOCIAL

Video ramai kanak-kanak di pusat kuarantin bikin sebak. Ini jumlah kanak-kanak di ICU

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kanak-kanak di Malaysia juga antara golongan yang terkesan apabila pandemik COVID-19 datang melanda. Bukan sahaja dari sudut perkembangan pembelajaran mereka, malah nyawa mereka boleh turut terkorban.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebanyak tiga kes kematian COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak di bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020.

Jumlah kematian yang sama banyak telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga kematian dalam lima bulan pertama bagi tahun 2021.

Betapa sedihnya fakta ini yang mesti ditelan oleh setiap rakyat Malaysia.

Video ramai kanak-kanak di pusat kuarantin bikin sebak

Seorang pengguna TikTok telah berkongsi sebuah video yang memaparkan situasi kanak-kanak di pusat kuarantin COVID-19. Video berdurasi 20 saat ini pastinya memberi keinsafan kepada kita semua untuk terus kuat melawan COVID-19.

@abam.cokelat.jar

Balas kepada @zraibrahim fight covid19 #fypシ #fypsounds #SenyumanRaya #covid19

♬ original sound – Nurinlofa 💗 – ✧・゚:* Nurinlofa *:・゚✧

Data oleh pihak KKM menunjukkan bahawa 19,851 kanak-kanak berumur bawah 4 tahun telah disahkan positif, manakalah kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun seramai 8,237.
Menyedihkan lagi, apabila kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara.
“Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan (8) kes di mana enam (6) daripadanya berumur bawah 5 tahun.
Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun,” kata Dr. Noor Hisham Abdullah
Dengan segala maklumat yang diberikan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *