299 pekerja & keluarga positif COVID-19. Kilang elektronik terbesar di Melaka ini diarah tutup

Kerajaan telah mengumumkan bahawa negara kita akan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0). PKP kali ini tidak sama seperti PKP ketika pertama kali ia dilaksanakan.
Walaupun rakyat hanya dibenarkan beregerak sejauh 10 km dari kawasan rumah untuk membeli keperluan hari, para pekerja masih boleh lagi bekerja seperti biasa. Ini kerana sebanyak 95,142 syarikat diberi kebenaran oleh MITI untuk terus beroperasi sepanjang PKP 3.0.
Sekaligus, arahan ini membenarkan 1.2 juta pekerja bergerak merentas negeri dan daerah untuk bekerja. Dalam keadaan penularan wabak yang semakin menakutkan ini. Operasi kilang tidak terlepas dari menerima padahnya.
Sebuah kilang elektronik di Batu Berendam, diarah tutup sepenuhnya
Harian Metro melaporkan bahawa sebuah kilang elektronik di Batu Berendam, diarah tutup sepenuhnya selama seminggu berikutan penularan mendadak wabak Covid-19 membabitkan pekerjanya.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman, tindakan terbabit terpaksa dilakukan selepas 299 pekerja kilang elektronik terbesar di Melaka itu termasuk beberapa ahli keluarga mereka disahkan positif Covid-19.
“Arahan penutupan serta-merta itu bagi membolehkan Jabatan Kesihatan negeri menjalankan siasatan lanjut punca penularan wabak selain mengesan kontak rapat yang pernah berhubung dengan pekerja kilang berkenaan,” katanya
Penutupan itu bagi membolehkan pengesanan kontak rapat, saringan serta sanitasi dilakukan Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.
Kluster terbesar datangnya dari kilang
Semua sektor ekonomi, kecuali pusat spa dan refleksologi, dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, walaupun kilang dan tapak pembinaan menyumbang kumpulan Covid-19 yang paling banyak.
Sebelum ini dilaporkan bahawa 47 peratus daripada 314 kluster Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dari 22 Februari hingga 2 April yang lalu, berasal dari kilang (48.06 peratus) dan tapak pembinaan (11.56 peratus).
Bagi mereka yang bekerja, pastikan anda mematuhi SOP dalam keadaan apa sekalipun. Ingatah diri anda dan keluarga tersayang. Kerajaan perlu bertanggungjawab bagi setiap rakyat yang diarahkan untuk bekerja. Jangan perkotak-katikkan nyawa rakyat.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat