Harga minyak masak naik mendadak sebotol RM32. Ini kelebihan dan keburukan minyak sawit

Harga minyak masak naik mendadak sebotol RM32. Ini kelebihan dan keburukan minyak sawit

Minyak masak merupakan keperluan asas kepada setiap isi keluarga di negara kita ini. Terdapat pelbagai jenis di pasaran, menariknya minyak masak jenis sawit sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ditambah pula, negara kita salah satu pembekal sawit terbesar di dunia ini.

Malangnya, Harian Metro melaporkan terdapat kenaikan mendadak bagi harga sebotol minyak masak di pasaran. Jika sebelum ini, harganya antara hanya RM25.90 hingga RM28 sebotol, tinjauan mendapat ia melonjak naik melepasi RM30 hingga RM32.70 sebotol.

Tinjauan ini telah dilakukan beberapa pasar raya, kedai serbaneka serta pasar mini di Larkin dan Tampoi yang menunjukkan peningkatan antara RM4 hingga RM7.

Peningkatan harga ini pastinya menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pengguna kerana ketika ini ramai yang terjejas kewangan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun begitu, di sebalik semua ini, perbincangan mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan minyak sawit dalam pemakanan masih terus diperdebatkan.

Informasi Nutrisi satu sudu makan minyak kelapa sawit

Satu sudu makan minyak kelapa sawit mengandungi:

  • Kalori: 120
  • Protein: 0 gram
  • Lemak: 14 gram
  • Karbohidrat: 0 gram
  • Serat: 0 gram
  • Gula: 0 gram

Kelebihan minyak sawit kepada kesihatan

Kelapa sawit kaya dengan antioksidan, salah satunya adalah vitamin E. Vitamin ini sangat penting untuk menjaga kesihatan sistem imun anda dan untuk membantu sel anda berhubung.

Kajian menunjukkan bahawa mendapatkan cukup vitamin E dalam diet anda dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, sebarang bentuk barah tertentu, dan degenerasi makula (perubahan tidak sihat pada bahagian saraf (retina)) yang berkaitan dengan usia.

Keburukan minyak sawit kepada kesihatan

Walaupun beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak sawit menurunkan kadar kolesterol, yang lain menunjukkan bahawa ia dapat meningkatkan kadar kolesterol “jahat”.

Kajian ini membandingkan minyak sawit dengan minyak cair lain seperti minyak zaitun, dan secara amnya mendapati bahawa minyak sawit menunjukkan prestasi yang lebih buruk daripada minyak lain.

Satu kajian mendapati bahawa minyak sawit meningkatkan kolesterol pada individu yang sihat. Minyak sawit mungkin lebih sihat daripada mentega, tetapi anda tidak boleh menambahkan minyak sawit di atas jenis minyak lain.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *