Siap ada jurugambar dan ramai tetamu. Keluarga ini kantoi anjur majlis perkahwinan di rumah

Siap ada jurugambar dan ramai tetamu. Keluarga ini kantoi anjur majlis perkahwinan di rumah

Situasi pandemik COVID-19 telah memaksa kita semua untuk menangguhkan banyak perkara dalam kehidupan kita. Jika dulu, majlis keramaian dan jamuan sentiasa dipenuhi pada hujung minggu, kini tidak lagi.

Begitu juga halnya dengan majlis perkahwinan yang kini tidak boleh dianjurkan secara besar-besaran, mahupun sederhana seperti dahulu. Dalam ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP), penganjuran majlis perkahwinan dikira melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Sebuah keluarga kantoi anjurkan majlis perkahwinan di rumah

Dalam situasi sebegini, masih ada lagi yang berdegil dengan menganjurkan majlis perkahwinan di rumah. Harian Metro melaporkan bahawa

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, pemeriksaan mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada dalam kediaman itu.

“Tindakan itu melanggar SOP berikutan majlis perkahwinan adalah aktiviti yang tidak dibenarkan pada ketika ini. Justeru, penganjur majlis (tuan rumah) dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan berkenaan,

Difahamkan, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki penganjur bagaimanapun ia tidak bersesuaian diadakan dalam keadaan semasa negara berdepan penularan wabak COVID-19

Pihak polis daerah itu rasa terkilan kerana terdapat individu yang masih gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis yang tidak dibenarkan.

“Sikap (individu) sebegini hanya mementingkan diri tanpa menghiraukan situasi terkini. Kedegilan mereka yang tidak patuh SOP menyebabkan usaha bagi menghentikan virus Covid-19 gagal.

Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar,” katanya.

Sebanyak 41 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan pelanggaran SOP dikeluarkan baru-baru ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *