Pegawai Polis Disyaki Rogol Ibu Tunggal di Ibu Pejabat. Ini keterangan mangsa tersebut

Kejadian rogol boleh berlaku di mana-mana tanpa kita sangka. Tindakan yang lebih tegas perlu dilaksanakan bagi mengekang jenayah ini kerana ia bertambah parah dan serius di negara kita
Pada 12 Jun lalu, seorang pegawai polis disyaki merogol seorang ibu tunggal di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 3 petang ketika mangsa dibawa ke bilik suspek dari lokap untuk siasatan.
Ibu tunggal itu adalah seorang tahanan disitu berhubung kes dadah
Seperti ditulis oleh page FB Info Roadblock JPJ/POLIS, mangsa yang merupakan ibu tunggal itu adalah seorang tahanan disitu berhubung kes dadah dan suspek merupakan pegawai penyiasat yang bertanggungjawab mengendalikan kes berkenaan.
Menurut keterangan mangsa, pada awalnya suspek mengatakan bahawa kes boleh selesai sekiranya mangsa memenuhi kehendaknya. Kemudian, pakaian mangsa dibuka suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral serta persetubuhan.
Kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, bahawa suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan 377C Kanun Keseksaan.
Mangsa rogol lebih cenderung untuk mengalami masalah mental
Satu kajian oleh para pengkaji Universiti South Carolina di US mendapati suatu keputusan yang begitu menyayat hati. Kajian itu adalah menentukan kadar perbandingan beberapa masalah kesihatan mental dalam kalangan mangsa rogol dan bukan mangsa rogol.
Hasil kajian itu mendapati bahawa mangsa rogol lebih cenderung untuk mengalami masalah mental yang digelar Gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD).
“Masalah kesihatan mental pertama yang dikesan adalah gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), gangguan yang sangat melemahkan yang berlaku selepas peristiwa traumatik yang sangat mengganggu, seperti pertempuran ketenteraan atau jenayah ganas.” – Petikan dari kajian Universiti South Carolina
PTSD boleh mengganggu seluruh hidup anda – pekerjaan, hubungan, kesihatan dan keseronokan anda dalam aktiviti seharian. Seseorang yang mengalami PTSD juga akan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan mental yang lain, seperti:
- Kemurungan dan kegelisahan
- Masalah penggunaan dadah atau alkohol
- Gangguan makan
- Mempunyai fikiran dan tindakan untuk membunuh diri
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab, jika tahu sesiapa yang menjadi mangsa rogol. Maka, bantulah mereka menuntut keadilan dan mendapatkan rawatan fizikal dan mental yang bersesuaian di hospital atau klinik.