Cristiano Ronaldo benci Coca-Cola dan mengalihkannya. Ini keburukan minuman itu pada badan

Cristiano Ronaldo benci Coca-Cola dan mengalihkannya. Ini keburukan minuman itu pada badan

Ketika ini peminat sukan bola sepak seluruh dunia sedang tertumpu kepada kejohanan Piala Eropah (EURO 2020) yang sedang berlangsung.

Nama Cristiano Ronaldo terus menjadi bualan, apabila dia pada hari Isnin lalu dilihat mengalihkan dua botol minuman berkarbonat Coca-Cola didepannya, ketika Press Conference sebelum perlawanan menentang Hungary.

Selepas mengalihkan dua botol Coca-Cola itu, dia mengangkat sebotol air mineral kepada kamera sambil berkata. “Agua! (Air!). Bukan Coca-Cola.”.

Tak suka anaknya makan makanan ringan

Menurut Givemesport, Ronaldo sebelum ini telah bercakap mengenai betapa tidak sukanya dia terhadap minuman ringan bergula. Bintang bola sepak berusia 36 tahun itu terkenal dalam menjaga kesihatannya sehingga keadaan fizikalnya begitu luar biasa walaupun agak berusia.

Dia agak tidak gemar apabila anaknya, Christiano Ronaldo Jr. memakan makanan-makanan ringan tersebut.

Kadang-kadang saya berasa sukar bersamanya kerana dia minum Coca-Cola dan Fanta. Saya bertengkar dengannya ketika dia makan keropok dan kentang goreng dan semuanya, dia tahu saya tidak menyukainya.

Disebabkan dirinya yang begitu berpengaruh, tindakannya mengalihkan botol Coca-Cola itu telah memberi kesan negatif kepada jenama tersebut. Menurut sebuah media, Marca melaporkan bahawa harga saham syarikat itu kerugian $ 4 bilion dolar. Hebat juga penangan CR7.

Tahap gula dalam darah meningkat secara mendadak dalam 20 minit

Minuman bergula dianggap sebagai penyumbang utama kepada banyak masalah kesihatan, termasuk obesiti, diabetes jenis 2, dan kerosakan gigi.

Seperti dilaporkan Medical News Today, kajian telah membuktikan bahawa minum setin Coca-Cola boleh memberi kesan buruk kepada tubuh dalam masa satu jam.

“Rasa manis yang tinggi dari Coca-Cola yang disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi akan membuatkan seseorang muntah sebaik sahaja minuman itu memasuki badan.

Walau bagaimanapun, asid fosforik dalam minuman merendahkan rasa manisnya, yang membolehkan orang ramai terus bertahan meminumnya.”

Tahap gula dalam darah meningkat secara mendadak dalam 20 minit setelah minum Coca-Cola, ia menyebabkan pecahnya insulin. Hati kemudian mengubah jumlah gula yang tinggi menjadi lemak.

Bahaya bukan minum Coca-Cola ini? Jadi tindakan Christiano Ronaldo ini membuktikan bahawa kesihatan itu lebih penting dari segalanya. Pilihlah makanan dan minuman yang berkhasiat.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *