Kentut mampu sebarkan jangkitan COVID-19 kepada kita? Ini penjelasan pakar mengenainya

Kentut mampu sebarkan jangkitan COVID-19 kepada kita? Ini penjelasan pakar mengenainya

Kajian mengenai virus COVID-19 masih terus berjalan di seluruh dunia. Ia penting kerana virus ini agak baru dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Sebelum ini, berdasarkan kajian, virus ini merebak melalui titisan air seperti batuk dan bersin. Kemudian, muncul kajian yang mengatakan bahawa ia juga boleh tersebar melalui udara.

Baru-baru ini pula, sebuah topik hangat dibincangkan di luar negara mengenai kemungkinan virus berjangkit seperti COVID-19 boleh tersebar melalui kentut. Walaupun topik ini kedengaran lucu, tapi ia penting untuk dibincangkan secara ilmiah.

Virus COVID-19 ditemui dalam najis manusia

Dipetik dari Harian Metro, Pakar Perunding Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Alzamani Mohammad Idrose mengatakan bahawa cara jangkitan melalui kentut adalah logik kerana memang dapat ditemui virus COVID-19 dalam najis manusia.

Dari situ, ia menyebabkan gas yang keluar daripada kentut juga berisiko mengandungi virus maut berkenaan. Virus sama juga merebak melalui gas pernafasan yang keluar dari paru-paru pesakit yang positif COVID-19.

“Namun, sebenarnya risiko jangkitan merebak daripada kentut adalah amat rendah kerana terdapat lapisan perlindungan berupa seluar dalam dan seluar yang dipakai.

Saya menerima pertanyaan bagi isu yang kedengaran agak lucu tetapi ini membabitkan persoalan yang serius.” katanya

Amalkan SOP adalah langkah terbaik untuk mencegah jangkitan

Dalam situasi apa pun, pengamalan prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah terbaik untuk mencegah jangkitan kerana sentiasa ada tapisan di dalam pernafasan.

Kenyataan Dr Alzamani ini diular kerana pakar pusat kawalan penyakit di Beijing, China memberikan pandangan bahawa risiko jangkitan amatlah rendah melainkan kentut seseorang itu dihidu dari jarak yang dekat dari seseorang yang tidak memakai seluar.

Sebelum ini, beberapa doktor juga memberi amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang mampu menyebarkan bakteria dan menjadi punca jangkitan itu.

Maka, tiada jalan lain selain orang ramai perlu memakai pelitup muka dengan sempurna dan sentiasa menjaga SOP serta mengelakkan daripada berada di kawasan ramai orang.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *