Cubaan wanita terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium. Ini punca tekanan dihadapinya

Cubaan wanita terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium. Ini punca tekanan dihadapinya

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada semua orang sama ada pekerja bergaji bulanan atau para peniaga. Tekanan yang dihadapi rakyat marhaen setiap hari menyebabkan segelintir individu memilih jalan untuk bunuh diri.

Baru-baru ini, berlaku satu kes yang mana seorang wanita melakukan cubaan bunuh diri untuk terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di Sungai Buloh, Selangor.

Kenapa wanita tersebut bertindak demikian?

Menurut Harian Metro, tindakan wanita itu dipercayai kerana dia mengalami masalah peribadi akibat kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bertindak pantas dengan memujuk dan menyelamatkan mangsa daripada melakukan tindakan yang berbahaya itu.

Norazam Khamis selaku Pengarah JBPM Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.52 malam 17 Jun.

“Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi kejadian.

Setiba di lokasi terdapat seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba untuk membunuh diri,” katanya

Tali keselamatan turut dipasang sebagai langkah persiapan dan kemudiannya pihak pihak bomba berjaya memujuk wanita berkenaan ke kawasan yang selamat. Wanita terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Banyak kes bunuh diri sepanjang PKP tidak dihebahkan

Pada Mei lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob pernah mengakui bahawa terdapat banyak kes bunuh diri dilaporkan semasa PKP, namun tidak dihebahkan.

Kita kena sedar bahawa Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi, malah turut menjejaskan kesihatan mental kepada rakyat.

Di sini saya nak maklumkan sewaktu PKP 1.0 terdapat banyak kes membabitkan masalah mental, kes bunuh diri juga banyak berlaku, cuma kita tidak hebohkan perkara ini.

“Jadi inilah yang kita nak jaga rakyat supaya jangan terlalu menderita dan akhirnya walaupun kita nak selamatkan nyawa tetapi rakyat menderita,”

Amat penting untuk kita semua mengambil maklum akan saudara-mara dan jiran tetangga kita. Jika mereka bermasalah, bantulah dan laporkan kepada pihak berwajib untuk datang membantu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *