Negara jiran kita sasarkan sejuta suntikan sehari mulai bulan depan. Ini sebabnya

Negara jiran kita sasarkan sejuta suntikan sehari mulai bulan depan. Ini sebabnya

Kerajaan Indonesia telah menyusun perancangan untuk mempercepatkan program vaksin COVID-19 secara drastik ketika negara itu berdepan dengan jangkitan virus yang terus berlanjutan. Sasaran baru diletakkan dengan 1 juta suntikan dos vaksin setiap hari pada bulan Julai depan.

Menurut laporan The Diplomat, Presiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo mengatakan bahawa beliau berharap negara mencapai 700,000 dos sehari pada bulan ini dan kemudian meningkat lagi.

“Jadi pada bulan Julai, kita dapat mencapai target vaksinasi 1 juta sehari,” katanya

Indonesia antara negara paling teruk terjejas di Asia Tenggara

Indonesia sudah menjadi negara yang paling teruk terjejas di Asia Tenggara, dengan 1.87 juta jangkitan dan 51,990 kematian dilaporkan, dan negara keempat yang paling banyak terjejas mengikut jumlah penduduk di rantau ini.

Kerajaan Indonesia semakin proaktif dalam usaha mendapatkan vaksin bagi menyuntik vaksin kepada 270 juta penduduknya. Seperti kebanyakan negara jirannya di Asia Tenggara, negara itu sangat bergantung pada firma China, Sinovac dan Sinopharm, tetapi juga telah mendapatkan penghantaran vaksin dari Moderna di US dan AstraZeneca di UK.

Lebih 18 juta penduduk Indonesia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19

Pada bulan Januari lalu , kerajaan Indonesia memulakan kempen nasionalnya untuk memberi vaksin kepada 181.5 juta orang dalam tempoh tahun 2021. Namun program pelancaran vaksin tergendala kerana masalah bekalan dan logistik.

Sehingga 8 Jun, hanya 18.26 juta orang Indonesia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, jumlah yang setara dengan hanya 6.68 peratus penduduknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *