Tular video beri bayi 5 bulan minum minuman keras. Ini apa yang berlaku kepada suspek

Tular video beri bayi 5 bulan minum minuman keras. Ini apa yang berlaku kepada suspek

Impian kebanyakan sepasangan suami dan isteri adalah untuk mempunyai bayi yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang di kemudian hari. Jadi, pastinya pelik jika ada ibu atau bapa yang membuat perkara yang merbahayakan kepada bayi mereka.

Baru-baru ini, telah tular di media sosial apabila terdapat sebuah rakaman yang memaparkan seorang lelaki yang sedang memangku seorang bayi, lalu diberikannya minum tin minuman dipercayai arak.

Dipercayai memberi anaknya yang berusia lima bulan minum minuman keras

Memang agak sukar untuk dipercayainya, namun ia benar-benar berlaku. Tindakan lelaki tersebut telah membawa pada apabila ditahan oleh pihak polis.

Lelaki yang ditahan itu dipercayai memberi anaknya yang berusia lima bulan minum minuman keras di rumah mereka di Teluk Bahang, Balik Pulau, telah direman selama lima hari bermula 22 hingga 27 Jun.

Menurut Majistret Khalijah Mohd. Khalid, beliau telah memerintahkan tahanan reman ke atas suspek yang berusia 20 tahun di Mahkamah Majistret Balik Pulau, pukul 9 pagi.

Suspek yang bekerja sambilan di sebuah kedai runcit itu dilihat memakai baju-T bewarna hitam dan berseluar jeans itu dibawa ke mahkamah dalam keadaan kedua-dua tangan digari pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya,Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata ketika dihubungi, penahanan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Alkohol boleh merosakkan atau memusnahkan sel-sel hati

Arak merupakan minum yang mengandungi alkohol. Menurut MyHealth, alkohol boleh merosakkan atau memusnahkan sel-sel hati.

Alkohol akan diproses oleh hati supaya boleh dikeluarkan dari badan anda. Hati boleh menjadi cedera atau rosak teruk jika alkohol diambil secara berlebihan dan berterusan secara kronik.

Peminum arak tegar (kaki botol) berisiko tinggi untuk mendapat penyakit hepar (hati) yang teruk. Walau bagaimanapun, sesetengah kaki botol boleh mendapat sirrosis hati TANPA menghidap hepar (hati) alkoholik. Golongan ini mungkin tidak mempunyai gejala-gejala awal penyakit sirosis hati.

Selain itu, peminum arak yang tegar yang mempunyai penyakit hati seperti Hepatitis (jangkitan kuman pada hati) mempunyai risiko yang tinggi menghidap sirosis hati.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *