Ibu sibuk menjual kuih di pangsapuri. Dua kanak-kanak diganggu seorang lelaki pedofilia

Ibu sibuk menjual kuih di pangsapuri. Dua kanak-kanak diganggu seorang lelaki pedofilia

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang sangat dirindui oleh semua orang. Pelbagai detik pahit dan manis telah dialami untuk dijadikan bekalan pada masa hadapan.

Namun, zaman kanak-kanak seseorang itu boleh diragut apabila terdapat orang dewasa tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memenuhi hawa nafsu mereka.

Terbaru, seorang ibu telah membongkarkan nasib malang menimpa kedua anaknya yang masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun, apabila menjadi mangsa lelaki pedofilia semasa mereka sedang menjual kuih di pangsapuri kediamannya.

Ketika mereka sedang menjual kuih di pangsapuri itu, dia didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali

Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada dua orang anak itu berasa hairan apabila mendapati anak-anaknya pulang ke rumah di sebuah pangsapuri di Seksyen 19 dalam keadaan menangis.

Ibu yang berusia 39 tahun itu berasa bimbang melihat keadaan anaknya dan kemudian bertanya kepada mereka mengenai apa yang berlaku. Salah seorang daripada anaknya memberitahu ketika mereka sedang menjual kuih di pangsapuri itu, dia didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Suspek kemudian menarik tangan mereka secara paksa sebelum melakukan perkara tidak elok kepada kanak-kanak terbabit. Akibat ketakutan diperlakukan seperti itu, mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum melarikan diri.

Terkejut dengan kejadian itu, ibu kepada dua orang anak itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Sea Park untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sisatan bagi mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan kita akan mengedarkan lakaran fotofit suspek nanti,” – katanya

Pedofilia adalah penyakit mental kronik

Menurut Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani, pedofilia ialah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak atau gambar mereka.

Katanya lagi, pedofilia mencari mangsa dengan memerhati dari jauh dan jika berpeluang, mereka akan mendekati mangsa. Pesakit (pedofil) yang berpotensi besar untuk melakukan jenayah seksual boleh mendapatkan sesi rawatan untuk mengurangkan keinginan seks mereka.

Kita semua kena ingat, zaman dahulu dan sekarang amat berbeza. Jika dulu, anak kecil boleh dibiarkan pergi ke kedai secara sendirian, namun kini dengan dunia dipenuhi dengan manusia sakit mental, tidak boleh dipastikan sama ada si kecil itu dapat kembali dengan selamat.

Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak memuat naik gambar anak di laman sosial terutama dalam keadaan tidak sempurna termasuk dari segi pakaian bagi mengelak terdedah kepada pedofilia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *