“Mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10”. Ini kata saksi kejadian bunuh diri di sebuah pangsapuri

Ramai yang mengalami tekanan hidup akibat pandemik COVID-19. Mungkin diri kita, saudara atau jiran tetangga kita sendiri berada dalam tekanan hidup setiap hari ketika ini.
Bagi peniaga kecil, kerugian demi kerugian yang ditanggung pastinya memberi tekanan secara emosi dan mental untuk terus bertahan. Tidak semua kuat untuk menghadapi tekanan ini.
Inilah yang berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Bagan Ajam baru-baru ini apabila seorang lelaki yang berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal, maut selepas terjun dari tingkat 10.
Mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 52 tahun yang juga pengerusi pangsapuri pada jam 6.45 petang berhubung insiden itu.
Siasatan awal mendapati mangsa berusia 26 tahun memasuki kawasan pangsapuri dengan menaiki motosikal melalui laluan utama.
“Mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima dan secara tiba-tiba terjun ke bawah. Mangsa maut ekoran kecederaan parah dialaminya,” katanya.
Katanya lagi, hasil soal siasat ke atas isteri mangsa yang juga berusia 26 tahun memaklumkan suaminya mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu dan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta, empat hari lalu.
“Mangsa mulai alami kemurungan selepas perniagaan yang diceburi gagal dan mengalami kerugian. Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang elemen jenayah,” katanya.
Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa
Kemurungan ini bukanlah perkara main-main. Jadi, penting untuk kita semua memahami erti kemurungan itu sendiri agar kita dapat mengurus diri dan orang sekeliling kita apabila berdepan hal ini.
Menurut KKM, kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian.
Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan oleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahun-tahun.
Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif
- Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
- Terapi elektrokonvulsif (ECT)
- Psikoterapi
- Kaunseling