Waris si mati dedah kenapa lelaki ini gantung diri di jejantas lebuhraya. Ini sebabnya

Negara kita masih lagi gagal dan belum menang melawan COVID-19. Jumlah kes harian telah membuktikan, kita masih belum berada pada tahap yang stabil untuk meneruskan kehidupan harian.
Program vaksin yang kurang efektif juga serta pembukaan kilang yang terlampau banyak menyebabkan ramai yang terkena jangkitan COVID-19.
Bagi sesetengah individu, mereka masih kuat dari segi mental dan fizikal untuk melawan COVID-19. Tidak untuk sesetengah yang lain, mereka mungkin tidak dapat menahan tekanan yang datang bertimpa-timpa.
Begitulah yang berlaku di Balakong, Selangor apabila seorang indivdu ditemui mati di jejantas di Lebuhraya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.
Maklumat awal daripada waris si mati mendapati si mati disyaki dijangkiti COVID-19
Sebuah kenyataan media telah tular dari pihak Ketua Polis Daerah (KPD) Kajang yang melaporkan bahawa pada 28/06/2021 jam lebih kurang 0747 hrs, Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah terima panggilan MERS 999 daripada orang awam. Dimaklumkan terlihat ada (1)(L) bangsa tidak pasti gantung diri di Jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.
Siasatan awal mendapati, simati ialah (1)(L) berbangsa Cina berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuhraya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor.
Maklumat awal daripada waris si mati mendapati si mati disyaki dijangkiti COVID-19 dan si mati mengatakan beliau tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas.
Mayat si mati berjaya diturunkan dengan bantuan daripada pihak BOMBA dan seterusnya mayat tersebut dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.
Tahap keresahan dan stres dalam kalangan rakyat Malaysia agak tinggi ketika pandemik COVID-19
Pada Januari lalu, sebuah firma penyelidikan, IPSOS telah mengeluarkan satu hasil kajian mereka yang mengejutkan.
Berdasarkan kajian itu, tahap keresahan dan stres dalam kalangan rakyat Malaysia tatkala berdepan dengan pandemik COVID-19 adalah paling tinggi dalam segala aspek berbanding 27 negara yang lain.
Keresahan tersebut tercetus ekoran perubahan rutin selain tekanan keluarga. Hasil tinjauan firma itu mendapati tahap keresahan rakyat negara ini berhubung situasi pekerjaan adalah 74 peratus berbanding 56 peratus di peringkat global.
Bagi tahap stres atau tekanan disebabkan perubahan rutin bekerja dan organisasi, Malaysia merekodkan 67 peratus iaitu lebih tinggi daripada global yang mencatatkan 55 peratus.
Berhubung stres berkaitan tekanan akibat keluarga, sebagai contoh melibatkan penjagaan anak, tinjauan Ipsos mendapati kadar tekanan di Malaysia mengatasi dengan 58 peratus berbanding 45 peratus di peringkat global.