“Pemeriksaan menjumpai satu tangga di sebelah mayat”. Ini punca boss restoran ini mati

“Pemeriksaan menjumpai satu tangga di sebelah mayat”. Ini punca boss restoran ini mati

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang teruk kepada para pemilik perniagaan. Sejak PKP dilaksanakan, mungkin banyak berita yang kita dengar mengenai syarikat atau peniaga yang gulung tikar kerana tidak boleh meneruskan operasi.

Pertumbuhan ekonomi yang merudum ini semestinya menguji ramai para peniaga diluar sana. Tekanan demi tekanan ini telah menjadi punca sesetengah pemilik perniagaan tekad untuk membunuh diri.

Inilah yang berlaku di Kemaman baru-baru ini, apabila Kosmo melaporkan seorang lelaki ditemui mati di sebuah restoran.

Siasatan awal menolak sebarang unsur jenayah

Menurut laporan, mayat lelaki berusia 57 tahun berkenaan dijumpai adiknya dalam keadaan menggantung diri pada pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, adik mangsa kemudiannya telah memaklumkan penemuan mayat abangnya kepada pihak polis.

“Pemeriksaan menjumpai satu tangga di sebelah lokasi mayat lelaki itu tergantung. Siasatan awal menolak sebarang unsur jenayah dan perbuatan si mati dipercayai bermotifkan akibat terlalu tertekan akibat masalah ekonomi,” katanya 

Mayat pengusaha restoran tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Pelbagai faktor menyebabkan individu itu bertindak membunuh diri

Pelbagai pihak telah mula mendesak kerajaan agar melakukan sesuatu dalam menangani isu bunuh diri sepanjang PKP ini. Antaranya Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa kerajaan bertindak segera usaha membantu menangani tekanan mental rakyat bagi mengelakkan kejadian bunuh diri seperti yang kerap tular di media sosial.

Menurut Yang Dipertua PUM, Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir, pelbagai faktor menyebabkan individu itu bertindak membunuh diri untuk keluar daripada masalah mereka.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mewujudkan kerjasama dengan pelbagai agensi selain menguar-uarkan di media platform sesuai untuk mereka membuat aduan.

“Kementerian berkenaan perlu menggerakkan skuad prihatin rakyat atau skuad penyayang bagi memberikan nasihat kepada yang memerlukan sebagai langkah pencegahan dan pemulihan serta pemberian skim bantuan yang sewajarnya.” katanya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *