Remaja ini dibuli oleh enam remaja wanita lain kerana cemburu. Ini kecederaan dihadapinya

Remaja ini dibuli oleh enam remaja wanita lain kerana cemburu. Ini kecederaan dihadapinya

Budaya buli masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Dalam keperitan dunia menghadapi COVID-19, masih lagi berlaku kes buli dalam kalangan remaja ketika ini.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila sekumpulan remaja perempuan seramai enam orang bertindak membuli dan memukul seorang remaja perempuan yang lain.

Menurut Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 4 petang di sebuah pangsapuri di Lembah Subang, setelah mangsa selesai pergi berjoging dan ingin pulang ke rumah. Kemudiannya, dia terserempak dengan sekumpulan remaja perempuan.

 

Kerana cemburu hubungan mangsa dengan abang angkat rakannya itu

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 9.26 malam.

“Mangsa mendakwa dipukul oleh rakan sekolahnya berumur lingkungan 12 hingga 13 tahun kerana cemburu hubungan mangsa dengan abang angkat rakannya itu.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat kejadian tersebut,” katanya .

Hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di tangga perumahan pangsapuri di Kelana Jaya. Semasa kejadian, terdapat rakan suspek yang merakam perbuatan tersebut dan menularkannya dalam grup aplikasi WhatsApp dan laman Instagram milik suspek.

“Arahan untuk menjalankan siasatan telah diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya dan kesemua suspek yang terlibat telah dikenal pasti untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang

Seperti diterangkan oleh MyHealth, buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse).

Buli ini turut melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual.

Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang.

Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti;

  • Tiada keyakinan diri
  • Rasa rendah diri
  • Prestasi pelajaran merosot
  • Kehadiran ke sekolah rendah/menurun
  • Masalah penyesuaian diri apabila dewasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *