Majoriti maut dalam 24 jam. Kawasan di negara ini dilanda gelombang haba dahsyat

Majoriti maut dalam 24 jam. Kawasan di negara ini dilanda gelombang haba dahsyat

Cuaca di Bumi ini sering berubah-ubah mengikut aturan semulajadinya. Namun, perubahan yang mendadak atas pelbagai faktor boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia.

Seperti yang berlaku di Vancouver, Kanada baru-baru ini, apabilia sekurang-kurangnya 69 orang maut akibat gelombang haba yang melanda  barat negara itu dan barat laut Pasifik Amerika Syarikat (AS).

Majoriti maut dalam tempoh 24 jam

Menurut Polis Diraja Kanada (RCMP), , majoriti mereka yang maut di Burnaby dan Surrey dalam tempoh 24 jam itu adalah warga emas yang mempunyai rekod masalah kesihatan.

Beberapa majlis perbandaran tempatan juga memaklumkan mereka menerima panggilan kematian mengejut ,sejak Isnin lalu, namun tidak menjelaskan jumlah keseluruhan.

“Walaupun masih dalam siasatan namun gelombang haba dipercayai menjadi punca utama kematian,” kata Koperal Michael Kalanj 

Perubahan iklim menyebabkan suhu sentiasa bertukar dan secara keseluruhan suhu tertinggi yang direkodkan adalah dalam tempoh lima tahun ini.

Jika gelombang haba berlaku di Malaysia, ini perkara yang perlu anda lakukan

Beberapa tahun yang lalu, sesetengah tempat di negara kita pernah berdepan suhu cuaca yang agak panas. Malaysia juga tidak terlepas daripada cuaca seperti menurut Institut Penyelidikan Klinikal (ICR).

Contohnya pada 1 Mac 2016 hingga 22 Mac 2016 lalu, sebanyak 35 kes berkait haba iaitu lima (5) heat cramp, 25 heat exhaustion dan lima (5) heat stroke dilaporkan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan termasuk satu kematian yang telah dilaporkan sebelum ini di Segamat, Johor.

Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai seperti berikut:

  • Menangguhkan atau menghadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti semasa berlakunya gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda.
  • Minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak.
  • Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.
  • Sebolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa sekiranya mampu.
  • Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.
  • Ketahui tanda-tanda awal kelesuan haba, strok haba dan segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *