Hampir 90% pekerja dijangkiti COVID-19. Kilang ini masih degil untuk teruskan operasi

Hampir 90% pekerja dijangkiti COVID-19. Kilang ini masih degil untuk teruskan operasi

Dalam membendung pandemik COVID-19 di negara kita ini, semua pihak perlu memberi kerjasama dan jangan pentingkan diri sendiri. Sifat pentingkan diri sendiri ini telah membawa padah kepada sebuah kilang di Taman Perindustrian Subang, Selangor.

Sebuah kilang kejuruteraan keluli yang tidak termasuk dalam perkhidmatan penting masih berdegil dengan meneruskan operasi, serta menggajikan warga asing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia boleh menyebabkan ancaman wabak Covid-19 kepada warga tempatan. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pemeriksaan dilakukan pihaknya terhadap kilang tersebut baru-baru ini mendapati premis terbabit tidak sepatutnya dibuka.

“Saya beritahu kepada pihak pengurusan mereka (kilang) bahawa ini boleh menimbulkan masalah. Mereka (pihak pengurusan) mengaku pada Mac dan April lalu, seramai 90 peratus daripada pekerjanya dijangkiti Covid-19.

Jika sudah lalui hal itu pada Mac dan April lalu dan masih berperangai sebegitu, apa akan jadi kalau kena pusingan kedua varian baharu dengan kebanyakan mereka (pekerja) adalah warga asing,” katanya 

Jadi masalah kita apabila mereka keluar hujung minggu ke pasar raya

Walaupun pekerja warga asing di kilang terbabit memiliki dokumen, namun timbul masalah apabila kes positif COVID-19 direkodkan membabitkan orang luar.

Katakanlah 400 pekerja didapati positif Covid-19 dan jumlah itu akan masuk dalam angka jangkitan di Selangor. Kalau terjadi, ia pasti menambah tekanan kepada kita semua yang sedang berjuang berdepan wabak ini.

Mereka bukan warga kita dan jadi masalah kita apabila mereka keluar hujung minggu ke pasar raya. Apa akan jadi? Dia boleh merebakkan penyakit sporadik.

Kita kena terima hakikat bahawa yang penting hari ini adalah semua pihak perlu berkorban. ” katanya

Diakui bahawa 91% kluster di negeri Selangor berpunca daripada pekerjaan

Menurut laporan FMT, kerajaan Selangor mengakui 91% kluster di negeri itu berpunca daripada pekerjaan iaitu 80% kluster perkilangan dan 11% kluster tapak binaan.

“Mengikut angka dan data terkini, 91% kes di Selangor berpunca daripada pekerjaan, iaitu 80% Kluster Perkilangan dan 11% Kluster Tapak Bina, bersamaan dengan 125 Kluster daripada dua sektor ini,” kata Menteri Besar Selangor

Sehubungan itu, kerajaan negeri menyediakan dua juta dos vaksin bersamaan satu juta pekerja termasuk pekerja asing dalam usaha melindungi semua daripada penularan wabak ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *