Dua beradik jadi yatim piatu selepas ibu bapa meninggal akibat COVID-19. Ini kisah penuhnya

Dua beradik jadi yatim piatu selepas ibu bapa meninggal akibat COVID-19. Ini kisah penuhnya

Pandemik COVID-19 telah menyerang seluruh dunia dengan amat dahsyat. Mereka yang dulu bekerja, kini bertukar status menjadi penganggur. Lebih tragik lagi, dari seorang anak yang mempunyai ibu bapa, kini bertukar menjadi yatim piatu.

Inilah nasib yang menimpa dua orang adik beradik di Jempol apabila kedua ibu bapanya pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Harian Metro melaporkan, mereka ini ialah Mohammad Syahmil Sabiha berusia 12 tahun dan Nurhaniesya berusia 8 tahun.

“Papa pesan jaga adik dan opah elok-elok. Jika rindu kepada papa dan mama kami diminta sedekahkan al-Fatihah,” kata Mohammad Syahmil Sabiha, 12.

Ibunya, Hazliza meninggal dunia pada 14 Jun lalu di Hospital Jempol manakala bapanya Sabiha pula menghembuskan nafas terakhir pada 28 Jun di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Dua beradik itu kini tinggal bersama nenek mereka Salmah Abdol, 69, di Felda Palong 7.

Mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang

Detik-detik terakhir bersama memang pasti sukar dilupakan. Masih terngiang terngiang-ngiang pesanan terakhir bapanya ketika bercakap menerusi telefon sebelum arwah ditidurkan.

Menurutnya, bagi mengubat kerinduan, dia dan adiknya akan menatap gambar dan memeluk baju arwah ibu dan bapa. Neneknya, Salamah tidak menyangka kehilangan anak dan menantu dalam masa singkat akibat virus berkenaan.

Arwah anak, Hazliza dan menantu mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Sabiha juga ada asma.

Hazliza sebelum itu sudah beberapa kali berulang-alik ke Hospital Jempol kerana menjalani pemeriksaan masalah kandungannya. Beberapa hari selepas pulang ke rumah dia mengalami sesak nafas,” kata neneknya, Salmah

Katanya, anaknya kemudian dihantar semula ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Berikutan itu dia bersama menantu dan dua cucu turut diarah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum disahkan positif. Mereka dibawa ke Pusat Kuarantin Covid-19 (PKRC) Kuala Pilah untuk dikuarantin.

Bagaimanapun, kesihatan menantunya semakin merosot dan dihantar ke HTAN bagi rawatan lanjut sebelum ‘ditidurkan’ dan meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan,

Katanya, kedua-dua cucunya itu akan dijaga sehingga akhir hayatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *