“Tindakan ‘mengurung’ rakyat yang sudah hampir dua bulan tidak relevan.”. Ini cadangan TMJ

“Tindakan ‘mengurung’ rakyat yang sudah hampir dua bulan tidak relevan.”. Ini cadangan TMJ

Selepas hampir dua tahun, kerajaan masih memilih untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau partially lockdown untuk menurunkan kadar jangkitan di negara kita. Selain itu, pelbagai SOP telah diperkenalkan yang kadang-kala mengelirukan rakyat.

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menyatakan pendapat bahawa SOP yang ditetapkan pihak kerajaan ini patut dikaji semula secara holistik dengan data yang sahih.

“Sehingga kini, statistik Covid-19 masih menunjukan jumlah kes harian yang tinggi. Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk.”

Melalui Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor, TMJ berpendapat tindakan ‘mengurung’ rakyat yang sudah hampir dua bulan tidak relevan lagi selain statistik Covid-19 harian masih mencatatkan jumlah kes yang tinggi.

“Di samping itu, masalah sosioekonomi juga tertimbul akibat situasi ini yang berpanjangan. Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan.”

Cadangan agar penggunaan ‘rapid test kit’ dan test kit peribadi perlu diperkenalkan

Menurut TMJ lagi, penggunaan ‘rapid test kit’ dan test kit peribadi juga perlu diperkenalkan secepat mungkin untuk semua orang dan digunakan secara meluas.

Khususnya untuk sektor-sektor yang penting selain daripada para barisan hadapan, khususnya sektor kritikal yang melibatkan pemprosesan ubatan, bahan makanan dan barang keperluan asas. Rakyat juga patut disaringkan secara meluas dan divaksinasi secepat mungkin.

Dalam pada itu, TMJ turut telah bertitah untuk pihak kerajaan negeri Johor untuk mempercepatkan proses vaksinasi Bangsa Johor dan berharap agar berjaya mengatasi pandemik ini.

Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental

Pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.

Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada di dalam keadaan stress yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai.

Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.

Sumber daripada Polis Diraja Malaysia mendapati, terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri,

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *