“Menanti hari. Kanser dah merebak semua.” Ini kanser yang dihidapi bapa Ustaz Ebit Lew

“Menanti hari. Kanser dah merebak semua.” Ini kanser yang dihidapi bapa Ustaz Ebit Lew

Bapa adalah segala-segalanya bagi seorang anak. Sentiasa berada di sisi kita di saat susah dan senang sama ada sewaktu kecil mahu pun dewasa.

Seperti juga pendakwah bebas, Ebit Lew turut berkongsi perkembangan bapanya baru-baru ini. Melalui laman FB-nya, dia mengatakan mengenai kesihatan bapanya yang semakin merosot akibat kanser perut yang dialami.

“Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test covid negatif.”

Bapanya berpesan agar meneruskan kerja dan misi bantuan kepada orang memerlukan

Ebit Lew yang baru saja pulang dari Gaza, Palestin berterima kasih kepada adik-beradik yang telah menjaga bapanya ketika dia meneruskan misi bantuan.

Dalam perkongsian tersebut, dia turut berkongsi kenangan ketika bapanya sedar. Bapanya berpesan agar meneruskan kerja dan misi bantuan kepada orang memerlukan.

Walaupun masih dalam tempoh kuarantin, Ebit Lew telah diberi keizinan untuk ziarah bapanya dan memohon agar orang ramai turut mendoakan ayahnya.

Kanser perut merupakan kanser yang ke-enam paling kerap berlaku pada lelaki

Menurut MyHealth, kanser perut berlaku apabila sel-sel di bahagian dinding perut manusia tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal mengakibatkan berlakunya ketumbuhan di bahagian perut.

Kanser perut merupakan kanser ke-dua tertinggi penyebab kematian akibat daripada kanser di seluruh dunia. Di negara kita, kanser perut merupakan kanser yang ke-enam paling kerap berlaku pada lelaki dan ke-sepuluh pada wanita.

Kebanyakan mereka yang menghidap kanser perut ini adalah terdiri daripada golongan yang berumur lebih daripada 65 tahun ke atas dan lebih kerap terjadi di kalangan lelaki berbanding wanita.

Sekiranya kanser ini dikesan pada peringkat awal, peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya adalah tinggi. Malangnya kebanyakan kanser perut ini gagal untuk dikesan pada peringkat awal kerana gejala-gejala awal kurang dirasai oleh pesakit dan diagnosis kerap dibuat pada peringkat lanjut.

Kanser perut menjadi sukar dirawat apabila sel-sel kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain. Antara gejala-gejala kanser perut adalah:

  • Ketidakhadaman
  • Sakit perut
  • Kepedihan di hulu hati
  • Loya dan muntah
  • Kesukaran menelan makanan
  • Kembung perut terutamanya selepas makan
  • Najis berwarna hitam
  • Muntah darah
  • Kurang selera makan
  • Kurang berat badan
  • Keletihan
  • Bengkak pada bahagian perut
  • Bengkak pada kalenjar limfa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *