Produk kecantikan dan ubat-ubatan cuba di seledup melalui Sungai Golok. Ini punca kantoi

Produk kecantikan dan ubat-ubatan cuba di seledup melalui Sungai Golok. Ini punca kantoi

Produk-produk kosmetik sangat popular penggunaannya di negara kita ini. Namun begitu, tak semuanya selamat digunakan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kita juga perlu berhati terhadap produk kosmetik yang dijual pada harga yang terlalu murah, kadang kala ia merupakan produk yang diseludup entah dari mana.

Baru-baru ini, dengan tindakan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), pelbagai produk kosmetik dan ubat-ubatan bernilai RM28,731 berjaya dirampas di pangkalan haram Pak Su Rani.

Beberapa orang lelaki sedang memunggah barangan daripada perahu ke ke tebing sungai

Menurut laporan Harian Metro, Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi mengatakan anggota sedang membuat rondaan sebelum terserempak beberapa orang lelaki sedang memunggah barangan daripada perahu ke ke tebing sungai.

Menurutnya lagi, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, semua lelaki itu melarikan diri menggunakan perahu menyeberangi Sungai Golok ke Thailand dan meninggalkan barangan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, terdapat kotak yang mengandungi barangan kosmetik dan ubat-ubatan dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan.

Status barangan rampasan ini masih diragui memandangkan tidak mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekali gus membahayakan pengguna.

“Anggota merampas kesemua kosmetik serta ubat-ubatan terbabit untuk dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang bagi siasatan lanjut,” katanya 

Boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000

Kes itu disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Akta Jualan Dadah 1952.

Menurut laman web KP Kesihatan, individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *