“Penampilannya mengenakan serkup plastik menarik perhatian.” Ini sebab uncle pakai begitu

“Penampilannya mengenakan serkup plastik menarik perhatian.” Ini sebab uncle pakai begitu

Penggunaan pelitup muka ketika era pandemik COVID-19 ini sangat membantu. Kini, setiap individu dicadangkan agar memakai lebih dari satu pelitup muka atau pun memakai face shield.

Namun begitu, baru-baru ini berlaku hal ayang unik dan pelik apabila seorang uncle datang ke  Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM), dengan memakai pelitup muka serta mengenakan plastik serkup yang diletakkan di atas kepalanya.

“Pak cik ini datang ke PPV USM hari ini untuk dapatkan vaksin. Dia datang menaiki teksi dan penampilannya yang mengenakan serkup plastik menarik perhatian dan menjadi bahan ejekan orang ramai.” seperti ditulis page FB USM

Tidak mengendahkan gelak tawa orang sekeliling

Meskipun mendengar ketawa berbaur ejekan, warga emas tersebut tidak mengendahkannya dan terus mengikuti prosedur untuk mendapatkan vaksin. Sesudah proses vaksinasi selesai, dia bergerak ke meja sekretariat dan apa yang dilakukan sangat menyentuh hati.

“Petugas barisan hadapan sudah bekerja keras. Tolong belikan mereka makanan tengah hari.”

Dia berpesan sambil menghulurkan sejumlah duit kepada salah satu petugas di PPV berkenaan sebelum pulang menaiki teksi yang sama dia datang ke PPV. Tindakan warga emas berkenaan benar-benar mengejutkan dan menyentuh hati orang ramai.

Bercakap mengenai serkup plastik itu, petugas yang berada di lokasi sudah menasihatinya untuk membuang plastik itu dan menukarnya kepada face shield namun uncle ini mempunyai keyakinan yang tinggi dengan apa yang dilakukannya.

Kenapa perlu pakai dua pelitup muka?

Pihak Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit (CDC) dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain.

Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

Menariknya, berdasarkan perbandingan peratus keberkesanan pelitup muka, pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4 peratus.

Kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul:

  • Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.
  • Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *