“Seriously la KKM cakap fake?” Lelaki ini dedahkan penipuan KKM mengenai Stadium Malawati

Baru-baru ini, terdapat dakwaan lebih 2,000 pesakit COVID-19 di CAC Stadium Malawati. Namun, melalau twitter KKM yang kemudiannya telah dipadamkan, mengatakan bahawa semua pesakit yang datang CAC baru-baru ini telah dinilai dan menunggu dimasukkan ke wad.
Malangnya, mereka yang berada di tempat kejadian tidak berdiam diri. Salah seorangnya adalah Faizol Zaman yang mendedahkan keadaan sebenar melalui twitter-nya.
“Aku salah seorang dari mereka kot harini”
Melalui ciapannya, dia terkejut kerana KKM menafikan hal itu dan berkata gambar itu fake.
“@KKMPutrajaya seriously la KKM cakap fake?? Aku salah seorang dari mereka kot harini. Even staff bertugas pun cakap harini almost 2K yg daftar di Selangkah CAC ni.
Wehh KKM kot. Kasi RT gais biar semua orang tau semua ni betul bukan fake.”
Dia turut berkongsi beberapa gambar yang diambilnya ketika berada di tempat kejadian seperti di bawah:
“Gambar yg ko ambil tu pic awal pagi, khemah first batch yg masuk dulu. Then claim ramai tu je yg datang?? Ko bodo ke admin. Dekat seminggu dah kes 7K takkan ramai tu je yg datang. Even harini 8862 kes. Ko bodo ke admin??”
Tulisnya lagi, dia tiba di CAC Shah Alam jam 7 pagi. Ketika itu sudah pun ramai orang dan hampir 100 petugas barisan hadapan yang uruskan sepanjang hari dengan pemakaian penuh PPE.
“… and kakak Indian yg terjerit sampai hilang suara to handle ribuan orang ni and kau still cakap fake waknat? I rest my case. Tq”