Isu anak OKU bernama Bella didera sampai melecur. Ini keraguan yang berlaku dalam kes ini

Isu anak OKU bernama Bella didera sampai melecur. Ini keraguan yang berlaku dalam kes ini

Ketika ini sedang hangat isu #JusticeForBella di media sosial. Secara umumnya, kes ini didakwa sebagai isu penderaan yang telah berada dalam siasatan pihak polis.

Bagi mereka yang tidak mengikuti isu ini daripada awal, saudara Mohd Fadli Salleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi dan ada menulis secara terperinci mengenai hal ini. Maka, kami kongsikan tulisannya di sini.

Siapakah adik Bella sebenarnya?

Menurut Mohd Fadli Salleh, Adik Bella ini anak Down Syndrome yang berusia 13 tahun. Adik Bella ditemui sekitar 7 tahun lalu mundar mandir seorang diri di Kuala Lumpur.

Tanpa penjaga, tanpa sesiapa. Seorang diri berjalan di setiap lorong tanpa hala tuju. Ada pihak mendakwa, adik Bella merupakan anak yatim piatu. Namun dakwaan tidak dapat disahkan secara rasmi, namun tiada pihak tampil untuk menuntut adik Bella.

Bila kes ini dilaporkan kepada JKM, pihak JKM ambil adik Bella dan tempatkan adik Bella di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah (Rumah under JKM) sampai dia umur 12 tahun.

Bagaimana bermulanya semua pendedahan ini?

Berikut adalah beberapa point yang ditulis oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebook-nya:

1. Bella merupakan seorang kanak-kanak OKU down syndrome berusia 13 tahun. Ketika usianya 7 tahun, beliau dijaga dengan baik di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah.

2. Tahun lepas ketika usianya 12 tahun, Bella dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak untuk disambung perintah penjagaan di rumah berkenaan. Ketika itulah beliau bertemu dengan Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda. Lalu, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepada beliau untuk jaga Bella. Permohonannya diluluskan.

3. Apa yang berlaku kepada Bella hingga wujudnya hashtag JusticeForBella? Semuanya bermula bila Puan Mona Din berkongsi kisah menyayat hati Bella bermula 6 Julai lepas di fb beliau.

4. Lihat sahaja 2 paparan gambar yang saya sertakan ini. Wajah yang penuh keceriaan akhirnya berubah menjadi kemurungan, trauma, keliru serta takut. Badannya penuh dengan kesan parut, tangan kanan dan kiri punyai luka serta kudis yang besar. Apa yang telah berlaku?

5. Bella dipercayai telah didera! Siapa yang mendera beliau? Masih dalam siasatan pihak polis. Laporan polis telah dibuat pada 24 Jun yang lepas. Hari ini 12 Julai, hampir 3 minggu selepas laporan polis dibuat. Khabarnya, Siti Bainun telah ditahan oleh pihak polis 6 Julai yang lepas. Segala hasil siasatan tidaklah diketahui.

6. Penasihat Rumah Bonda adalah Tuan Syed Azmi sendiri. Siti Bainun pula adalah pengasas rumah berkenaan. Maka, tak pelik netizen berpusu-pusu menziarahi facebook Syed Azmi bertanya pelbagai soalan yang berkaitan.

7. Menurut Syed Azmi, Bella tidak tinggal di Rumah Bonda, tetapi tinggal di kondo Siti Bainun. Namun, siaran langsung Wanita Hari ini bertarikh 31 Julai 2020, pada minit ke 19, jelas-jelas terlihat wajah Bella yang ketika itu berada di Rumah Bonda (berbaju oren) (siaran WHI di sini : https://fb.watch/v/6mQnGg8UD/).

Dan faktanya adalah sejak Julai 2020 hingga Oktober 2020, Bella menetap di Rumah Bonda, rumah yang menempatkan remaja hamil luar nikah (Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita sahkan rumah berkenaan tidak berdaftar).

Selepas itu baru berpindah ke kondo Siti Bainun di Wangsa Maju sehinggalah Bella ditemui dalam keadaan demikian pada 23 Jun yang lepas.

8. Siti Bainun juga menjaga 6 lagi kanak-kanak yang lain, dengan 2 orang sama seperti Bella, kanak-kanak OKU. Bayangkan, jaga anak angkat di rumah sendiri disamping menjaga para remaja di Rumah Bonda. Macam mana nak handle tu? Lagi pula beliau bujang. Macam mana boleh dapat kelulusan untuk jaga tu?

Untuk membaca point lain dengan lebih lanjut, boleh pergi ke FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi (Klik sini)

Kami harap pendera kepada Bella dapat dikenalpasti dan dibawa ke muka pengadilan. Ini kerana penderaan merupakan satu jenayah dan mendatang sakit mental kepada mangsa yang didera.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *