Tular video frontliner tergelincir & rebah ketika berlari membawa stretcher. Ini apa yang berlaku

Tular video frontliner tergelincir & rebah ketika berlari membawa stretcher. Ini apa yang berlaku

Dalam situasi yang begitu genting ketika ini, ramai antara kita yang telah kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan COVID-19. Pembukaan kilang ketika kes sedang naik mendadak ini juga telah memberi kesan yang sangat buruk kepada rakyat Malaysia.

Lihat sahaja CAC Stadium Malawati, Shah Alam yang dibanjiri mereka yang diwajibkan untuk saringan akibat kontak rapat. Seperti dilaporkan Berita YV3, dikatakan hampir seramai 4,000 orang yang positif telah hadir di sana seawal jam 6 pagi walaupun masih belum dibuka.

Jumlah pesakit yang ramai ini sememangnya menjadi kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kepadatan ini sebenarnya memberi kesan kepada gerak kerja para barisan hadapan.

Mereka pastinya penat, burnout dan tertekan dengan keadaan begitu. Namun, mereka tetap tabah menjalakan tugas demi menyelamatkan nyawa rakyat senegara.

Video para petugas kesihatan rebah ketika terkejar-kejar membawa stretcher

Telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan beberapa para petugas barisan hadapan yang terkejar-kejar membawa pesakit yang pengsan ketika berada di stadium berkenaan.

Situasi begitu sememangnya membuatkan mereka cemas dan dengan segera mengangkutnya untuk melakukan pemeriksaan.

@suemayrra

Allahuakbar, Ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka. #covid19 #fyp #fpyシ #viralvideo #viraltiktok

♬ Zikir Ya Allah – Munif Ahmad

Sesiapa yang menonoton video tersebut pasti berasa sebak kerana para frontliner terkejar-kejar membawa pesakit di atas stretcher, mereka tanpa sengaja tergelincir dan salah seorang daripada mereka rebah di atas jalan.

Mungkin disebabkan terlalu penat, frontliner itu dilihat hanya berbaring seketika ketika orang ramai sibuk membantu.

Video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @suemayrra itu telah menzahirkan rasa sedih dan simpati dalam kalangan netizen .

Para petugas barisan hadapan telah burnout

Terma ‘burnout’ sering kita dengar untuk menggambarkan keadaan stres di tempat kerja. Ia merupakan satu keadaan di mana berlakunya keletihan yang ketara dari segi fizikal, emosi dan mental beserta perasaan ragu tentang keupayan diri serta nilai pekerjaan seorang individu.

Secara global, terdapat peningkatan yang ketara dalam kes ‘burnout’ saban tahun dan isu ini menyebabkan masyarakat dunia mula mengambil perhatian tentang stres di tempat kerja.

Pekerjaan sebenarnya bukan sahaja merupakan punca pendapatan seseorang, tetapi ia juga boleh menjadi punca tekanan serta menjejaskan kesihatan mental sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.

Untuk pengetahuan semua, kebnayakan para petugas barisan hadapan ketika ini sudah pun mengalami burnout. Mereka bekerja 18 jam sehari tanpa henti dengan kes yang meningkat saban hari.

Jadi, kita bantulah mereka dengan terus menjaga diri dan mematuhi SOP.

Leave a Reply

Your email address will not be published.