“Pihaknya tidak mempunyai peti simpanan mayat mencukupi”. Ini apa yang berlaku di HTAR

“Pihaknya tidak mempunyai peti simpanan mayat mencukupi”. Ini apa yang berlaku di HTAR

Peningkatan kes positif COVID-19 setiap hari pastinya menimbulkan rasa risau dalam kalangan kita. Ditambah pula dengan video dan gambar-gambar di hospital yang menyayat hati, pasti membuatkan kita berasa lebih takut.

Sebelum ini, telah tular rakaman video di media sosial yang memaparkan keadaan mayat pesakit COVID-19 yang terpaksa diletakkan di lantai secara berlapis di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas bilik mayat berada pada tahap kapasiti penuh.

Isu ini pastinya telah mencetuskan kebimbangan masyarakat, namun mendapat perhatian Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pihak ATM akan membantu mempercepatkan urusan untuk membawa mayat

Menurut Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pasukan ATM akan menghantar bantuan aset dan anggota bagi menyelesaikan segera isu mayat pesakit COVID-19 di hospital berkenaan.

“Pihak ATM akan membantu mempercepatkan urusan untuk membawa mayat-mayat berkenaan bagi proses pengebumian mengikut agama masing-masing dan aset-aset ATM juga boleh digunakan bagi tujuan ini.

Hasil bantuan ATM nanti dapat menampung kekurangan pegawai inspektor kanan (IK) di Pejabat Kesihatan Daerah Klang. Sebelum ini, IK yang menguruskan pengebumian jenazah berkenaan,”

Bekenaan video yang tular, Dr Zulkarnain mengesahkan mayat berkenaan positif Covid-19, namun enggan menyatakan jumlah sebenar jenazah itu yang berada di HTAR ketika ini.

Pihaknya tidak mempunyai peti simpanan mayat mencukupi

Menurut laporan Harian Metro, prosedur meletakkan ‘tagging’ pada si mati terutama nama mereka dan butiran lain dilaksanakan dengan cukup teliti bagi memudahkan urusan pengebumian.

Buat masa ini semua mayat berkenaan sudah ditempatkan di dalam kontena sejuk beku dengan suhu negatif 11 darjah celcius bagi mengelakkan berlaku pereputan.

Masalah yang berlaku sebelum ini juga disebabkan pihaknya tidak mempunyai peti simpanan mayat mencukupi, namun isu terbabit berjaya diselesaikan dan keadaan kini terkawal.

“Secara keseluruhan setakat ini, kami di sini mempunyai tiga kontena dan jumlah itu mencukupi.

Dua kontena itu adalah hasil pemberian kerajaan daripada lapan kontena yang diagihkan di seluruh negeri ini, manakala satu lagi adalah sumbangan yang diterima sebelum ini,” katanya

Kes kematian akibat jangkitan COVID-19 yang tinggi di HTAR disebabkan kebanyakan pesakit yang dirawat terdiri daripada mereka dalam kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen.

“Mungkin mereka datang lambat untuk rawatan yang menyebabkan kebarangkalian untuk sembuh agak tipis.” katanya

Kita sebagai orang awam bila mendengar isu ini, perlulah mengambil pengajaran. Terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan selalu mencuci tangan serta tidak keluar rumah sekiranya tiada keperluan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *