Pekerja asing di kilang ini sanggup memanjat pagar zink ketika diserbu. Ini sebabnya

Pekerja asing di kilang ini sanggup memanjat pagar zink ketika diserbu. Ini sebabnya

Di kala sesetengah rakyat terus berkorban untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan, masih ada sesetengah pihak yang lain mengambil kesempatan tanpa menghiraukan akibat buruknya.

Inilah yang berlaku di Kawasan Perindustrian Pengkalan II, Pusing, Ipoh, Perak baru-baru apabila sekumpulan warga asing sanggup memanjat pagar zink ketika kilang percetakan untuk elak dicekup dalam satu serbuan.

Apakah yang berlaku seterusnya?

Disebabkan kecekapan pihak berkuasa, tindakan pekerja kilang warga Myanmar dan Bangladesh untuk meloloskan diri itu gagal apabila kilang berkenaan telah dikepung.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Hapdzan Husaini, premis itu diperiksa dalam serbuan Op Patuh yang dijalankan bermula pukul 9.30 pagi hingga 2 petang pada 15 Julai 2021. Berdasarkan pemeriksaan, kilang tersebut disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa pas yang sah.

“Menyedari kehadiran kita menyebabkan mereka lari bertempiaran sehingga ada yang sanggup menggadai nyawa dengan memanjat pagar zink yang tajam di belakang premis terbabit.

“Bagaimanapun, kawasan kilang seluas padang bola itu telah dikepung dan kami berjaya menahan mereka yang berusia 30 hingga 35 tahun,” katanya 

Menurut beliau, selain kilang percetakan itu, pihaknya turut menyerbu dua buah kilang di Lahat Baru dan Pinji Estate serta sebuah restoran di Bandar Sri Pengkalan, Pusing. Katanya, dalam serbuan itu, seramai 74 orang telah diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara.

Sebanyak 719 kluster kilang dikesan sejak penula­ran pandemik Covid-19

Menurut Utusan, sebanyak 719 kluster kilang dikesan sejak penula­ran pandemik COVID-19 di negara ini. Daripada keseluruhan kluster pengilangan yang direkodkan itu, ada di antaranya merekodkan 100 peratus pekerja dijangkiti daripada jumlah disaring.

Lebih membimbangkan kluster pengilangan merupakan ter­tinggi dalam kluster tempat kerja. Kes serbuan seperti yang dilaporkan menjadi bukti bahawa terdapat banyak kilang yang melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Apa guna kita duduk rumah, tetapi kilang terus melanggar SOP?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *