Pil cegah mati yang banyak dijual online ini disahkan sebagai racun kumpulan B. Ini sebabnya

Pil cegah mati yang banyak dijual online ini disahkan sebagai racun kumpulan B. Ini sebabnya

Kemasukan dan penyeludupan ‘pil cegah mati’ Ivermectin dari luar negara semakin menjadi-jadi apabila berlakunya penyebaran maklumat di media sosial mendakwa pil itu mampu melawan jangkitan virus COVID-19.

Situasi ini menjadikan orang ramai yang taasub terhadap ubat antiparasit itu terdedah kepada penipuan pembelian pil Ivermectin palsu yang kini dijual berleluasa oleh sindiket melalui media sosial.

Menurut Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penularan pelbagai maklumat mencurigakan di media sosial mendakwa Ivermectin mampu mencegah kematian dan kesan serius akibat COVID-19 menyebabkan permintaannya meningkat mendadak.

Harga 50 sen kini naik mendadak kepada RM5.00

Pihak KKM melalui Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) KKM baru-baru ini telah menyerbu beberapa premis dikesan menjual Ivermectin yang didakwa berupaya merawat jangkitan COVID-19.

Mengejutkan lagi apabila pil Ivermectin yang berharga sekitar 50 sen sebiji (sebelum pandemik COVID-19), kini sebaliknya dijual pada harga mencecah RM5 sebiji.

“Kenaikan hampir sembilan kali ganda berbanding harga asal menunjukkan ramai pihak dan sindiket membuat untung besar melalui penjualan pil Ivermectin ini.

Malah satu papan pil ini (10 biji) yang sebelum ini dijual pada harga RM5, kini dijual pada harga RM60 termasuk caj penghantaran pos.” dilaporkan oleh Harian Metro

Jual beli pil Ivermectin secara dalam talian semakin ‘hangat’ susulan ramai pihak berkongsi fakta mendakwa Ivermectin antara peluang terakhir menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19.

Ditambah pula, keadaan panik di kalangan masyarakat susulan kenaikan kes Covid-19 turut menjadi faktor pil Ivermectin menjadi buruan ramai hingga sanggup membayar harga tinggi.

Pihak BPF mendapat maklumat beberapa klinik swasta turut menjadi pengedar pil Ivermectin kepada orang ramai walaupun ia jelas menyalahi amalan perubatan.

Ivermectin disahkan adalah racun kumpulan B

Untuk maklumat semua, kita tak sepatutunya dengan mudah mudah mengambil pil Ivermectin tanpa rawatan perubatan yang sah. Ini kerana Ivermectin adalah racun kumpulan B dan tidak boleh diperolehi tanpa preskripsi sah.

Selain itu, menjual pil Ivermectin boleh diambil tindakan mengikut Peraturan 7(1)(a) peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 yang turut boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai.

Namun begitu, belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19. Pihak FDA juga tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID-19 pada manusia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *