Tular gambar wanita rebah dan meninggal dunia di depan klinik. Ini rupanya yang berlaku

Tular gambar wanita rebah dan meninggal dunia di depan klinik. Ini rupanya yang berlaku

Jumlah kematian akibat COVID-19 di negara kita telah mencecah lebih 7,000 kes setakat hari ini. Pastinya kita sudah mendengar banyak cerita dan kisah kematian pesakit COVID-19 yang begitu menyayat hati. Apatah lagi jika berlaku depan mata kita.

Baru-baru ini, telah berlaku satu kematian mengejut akibat COVID-19 di hadapan sebuah klinik di Taman Sentosa, Klang. Kes ini menjadi tular akibat gambar wanita tersebut rebah di hadapan klinik tersebar di media sosial.

Ketika berada di hadapan klinik itu, wanita berkenaan tiba-tiba rebah

Menurut Harian Metro, wanita yang rebah sebelum disahkan meninggal dunia di hadapan sebuah klinik itu telah disahkan positif COVID-19.

Menerusi, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Berdaparkan laporan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9.45 pagi ini, apabila seorang wanita tempatan bersama adiknya ingin mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

“Ketika berada di hadapan klinik itu, wanita berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Pihak ambulans yang tiba di lokasi mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

“Mayat wanita kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam dan hasil keputusan ujian saringan awal Rapid Test Kit (RTK) mendapati dia positif Covid-19,” katanya 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati wanita itu mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Kes diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR) Covid-19” katanya.

Pesakit yang menghidap diabetes boleh jadikan jangkitan COVID-19 lebih serius

Pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di US telah menyenaraikan pesakit diabetes jenis 2 sebagai mereka yang berada dalam tahap ‘risiko meningkat’ terkena akibat buruk jika dijangkiti COVID-19.

Tak terlepas juga, pesakit diabetes jenis 1 yang mungkin mengalami akibat buruk jika terkena COVID-19. Terdapat satu kajian yang menyimpulkan bahawa orang yang menghidap diabetes dapat menjadikan kes COVID-19 menjadi lebih serius.

Jadi, apakah nasihat untuk mereka yang menghidap diabetes?

Pengajaran besar yang kita pelajari adalah lebih sihat pesakit itu, lebih bersedia keadaan mereka untuk menghadapi COVID-19. Jadi, fokuslah dengan bersungguh-sungguh terhadap kesihatan diri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.