Mayat Lelaki Bergelang Putih Ditemui Terapung & Mati Di Sungai. Ini Laporan Oleh Polis

Mayat Lelaki Bergelang Putih Ditemui Terapung & Mati Di Sungai. Ini Laporan Oleh Polis

Angka kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia telah pun melebihi sejuta orang sejak pertama kali dikesan. Mereka yang diarahkan kuarantin juga masih bertambah.

Namun begitu, berita menyedihkan telah dilaporkan baru-baru ini, apabila seorang mayat lelaki yang memakai gelang putih ditemukan terapung di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Banggol Chempedak.

Tersangkut pada tali pelampung di tepi sungai

Berita melaporkan bahawa mayat tersebut ditemukan tersangkut pada tali pelampung yang dipasang untuk kerja sedut pasir di sungai itu. Apa yang menyedihkan, mayat juga dipercayai telah meninggal dunia pada dua hari lepas ketika masih dalam tempoh kuarantin.

Jika diikutkan cerita, pada mulanya, lelaki yang menjumpai mayat itu tidak menyangka bahawa objek terapung itu adalah manusia. Setelah dikenal pasti, laporan polis telah dibuat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata bahawa pihaknya menghantar enam anggota dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuala Terengganu ke lokasi kejadian.

Oleh kerana terdapat gelang putih, maka mayat tersebut dipercayai dalam tempoh kuarantin. Berikutan itu anggota terpaksa mengenakan pakaian pelindung diri (PPE) ketika melakukan operasi membawa naik mayat berkenaan yang ditemui sejauh kira-kira 50 meter dari tebing.

Mayat tersebut akan dibawa ke unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut.

Individu yang dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah

Untuk maklumat semua, Kementerian Kesihatan telah menetapkan lima warna gelang berbeza untuk dipakai individu yang perlu menjalani kuarantin mengikut stok dan kawasan pemantauan.

Warna gelang tersebut ialah merah jambu, putih, biru, merah dan kuning yang dipakaikan kepada individu yang menjalani tempoh kuarantin.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menulis nama, tempat dan tarikh saringan dilakukan pada gelang berkenaan sebelum dipakaikan kepada individu terbabit untuk menjalani tempoh kuarantin.

“Individu yang dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga. Gelang kuarantin itu hanya boleh dipotong oleh pihak PKD selepas tempoh kuarantin tamat.

“Sekiranya ada individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, ia perlu dilaporkan kepada polis bagi melindungi masyarakat daripada risiko jangkitan COVID-19,” – kata Dr Noor Hisham

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *