Akibat kedegilan kilang, suami terkorban dijangkiti COVID-19. Isteri luah rasa sedih & kecewa

Akibat kedegilan kilang, suami terkorban dijangkiti COVID-19. Isteri luah rasa sedih & kecewa

Sebelum ini telah tular mengenai kematian beberapa orang pekerja kilang elektronik di Tanjung Agas, Johor akibat jangkitan COVID-19. Mengejutkan lagi, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesyaki bahawa terdapat penularan varian yang membimbangkan (VOC) di situ.

Salah seorang isteri kepada salah seorang kilang tersebut turut meluahkan rasa sedihnya apabila suaminya menjadi korban akibat kedegilan syarikat tersebut.

Terkorban akibat jangkitan COVID-19 ketika bekerja sebagai ketua juruteknik

Bagi Nancy Edi berumur 41 tahun, syarikat tersebut mungkin tidak mengerti nilai nyawa 16 mangsa termasuk arwah suaminya yang terkorban akibat jangkitan Covid-19 kerana mereka tidak mengharungi detik yang dirinya lalui ini.

Suaminya, Hani Sha’ari, 43, adalah mangsa ke-16 terkorban akibat jangkitan Covid-19 ketika bekerja sebagai ketua juruteknik di sebuah syarikat elektronik di Tanjung Agas.

Kata Nancy lagi, suaminya disahkan positif COVID-19 pada 13 Julai lalu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, 16 Julai sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Melaka pada 19 Julai lalu.

Katanya, pada 19 Julai lalu, dia dan dua anak berusia 4 dan 12 tahun turut disahkan positif Covid-19 manakala dua lagi anaknya didapati negatif.

“Kali terakhir kami bertemu dengan arwah suami adalah sebelum dibawa ke MITC manakala ketika saya dan anak mula dikuarantin di MITC pada 20 Julai lalu, suami sudah dirujuk ke hospital kerana keadaannya tidak stabil.

“Ada ketikanya, dia mampu ketawa ketika berkomunikasi menerusi telefon, malah dia juga pernah juga tercungap-cungap ketika berbual kerana dakwa sesak nafas,” katanya.

Dikongsikannya bahawa kali terakhir berbual dengan suami pada tengah hari 26 Julai lalu dan bercadang membuat panggilan video pada waktu malam hari berkenaan bagi mengubati rindu terhadap teman hidupnya.

Namun, ajal telah tertulis, pada jam 10 malam pada 26 Julai lalu dia menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan suami terpaksa ditidurkan. Katanya, dia hanya mampu berdoa setiap hari supaya suami diberi kesembuhan.

Pada awal pagi hari ini iaitu pada jam 5.40 pagi, dia menerima khabar berkaitan pemergian suami.

Terkilan tidak dapat melihat jenazah dan bertekad untuk saman syarikat tersebut

Dirinya amat terkilan kerana  tidak mampu melihat dan memeluk jenazah suaminya buat kali terakhir serta jenazah akan dikebumikan jam 8.30 malam ini (semalam) di tanah perkuburan di Melaka.

Arwah suaminya dari Bukit Gambir dan sekurang-kurangnya adik-beradik serta anak sulung kami dibenarkan hadir ke majlis pengebumian.

Traged ini telah menyebabkan Nancy bercadang menyaman majikan suami yang tidak menutup operasi kilang walaupun terdapat kes jangkitan COIVD-19 di premis berkenaan.

“Bukan seorang atau dua, sudah 16 orang meninggal dunia dan adalah majikan fikir pampasan dapat menggantikan nyawa yang terkorban termasuk suami yang sudah bekerja selama 23 tahun.

“Saya dari Indonesia tiada pengalaman bekerja dan buntu memikirkan nasib anak kerana semua masih bersekolah dan mereka juga dalam tekanan kerana kehilangan insan kesayangan yang tiada pengganti.

“Doktor juga menyatakan darah saya masih ada kuman dan saya kuatkan semangat demi anak,” katanya

Sumber: Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *