“Bekalan makanan yang dihantar tidak disentuh.” Lelaki ini mati ketika kuarantin di rumah

“Bekalan makanan yang dihantar tidak disentuh.” Lelaki ini mati ketika kuarantin di rumah

Kes harian positif jangkitan COVID-19 masih lagi tinggi dan tidak nampak tanda-tanda reda. Dengan situasi yang semakin genting di hospital dan pusat kuarantin, kini kontak rapat dibenarkan kuarantin kendiri di rumah.

Walaupun lebih mudah, namun terdapat risikonya sendiri dan kadang kala membawa maut. Inilah yang terlah berlaku di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, Johor baru-baru ini.

Bekalan makanan yang dihantar sebelum ini belum disentuh

Menurut laporan Kosmo, pada 27 Julai lalu, seorang pesakit COVID-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemui meninggal dunia di kediamannya pada waktu pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz mengatakan bahawa kematian lelaki itu yang dikenali sebagai Zuraimi Abd. Aziz, 51 disedari oleh anak saudaranya apabila menemui mangsa tidak sedarkan diri ketika menghantar bekalan makanan.

Pada mulanya, anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini juga belum disentuh. Disebabkan itu, dia menjenguk dari tingkap untuk melihat keadaan mangsa sebelum mendapati bapa saudaranya itu hanya terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Anak saudaranya bertindak menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada pihak bomba untuk melihat keadaan mangsa.

Pegawai perubatan yang datang kemudian mengesahkan mangsa disahkan positif  COVID-19 dan telah meninggal dunia. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya 

Kenapakah kuarantin perlu dijalankan selama 14 hari walaupun ujian pengesanan COVID-19 kali pertama negatif?

Seperti yang tertulis di laman sesawang KKM, kuarantin selama 14 hari amat penting walaupun ujian pengesanan COVID-19 kali pertama negatif.

Ini kernaan tempoh pengeraman virus COVID-19 antara 4 atau 5 hari sehingga 14 hari. Sebanyak 75 peratus kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dikesan positif pada hari pertama dan 25 peratus dikesan positif pada hari ke-13.

Oleh yang demikian, adalah wajib setiap individu yang diarahkan kuarantin melakukannya selama 14 hari bagi memutuskan rantaian wabak COVID19 di Malaysia. Arahan pelepasan pengawasan dan pemerhatian pada hari ke-14 akan diberikan sekiranya ujian ulangan kali kedua iaitu pada hari ke-13 adalah negatif.

3 thoughts on ““Bekalan makanan yang dihantar tidak disentuh.” Lelaki ini mati ketika kuarantin di rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *