Demi jaga bapa sakit di kampung, lelaki ini sanggup korbankan kerjaya dan usia muda

Setiap orang yang diberikan umur yang panjang, pasti akan menjalani hidup pada usia tua. Keadaan seseorang itu pada hari tua sangat berbeza berbanding waktu muda dari segi fizikal dan mental.
Dari situ, amatlah berbahagia sekali jika sewaktu tua ada anak kandung sendiri yang dapat menjaga kita. Sama seperti kisah seorang pemuda ini, Syahid Abdullah yang sangguo berkorban meninggalkan kariernya di Kuala Lumpur untuk menjaga bapa yang sakit.
Kembali ke kampung pada penghujung 2019 ekoran kesihatan bapa
@syahsyamsani Ubat Ubat abah… #malaysiatiktok #tiktokmalaysia #ayahdanibu #ayahibu #elderly #orangtua
Pemuda ini telah mendapat perhatian di TikTok apabila sering berkongsi rutin hariannya menjaga bapa yang sakit. Oleh kerana tular, pihak mStar telah menemu bualnya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Menerusi temu bual, Syahid berkata dia telah kembali ke kampung pada penghujung 2019 ekoran kesihatan bapa yang semakin merosot. Pada mulanya, majikan memberi tawaran untuknya berpindah ke cawangan di Ipoh.
Namun begitu, dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana mahu menumpukan perhatian kepada bapanya.
“Abah ada macam-macam penyakit… diabetes, kencing manis dan darah tinggi, penyakit tiga serangkai. Sekarang abah hidup dengan satu buah pinggang selepas pembedahan 10 tahun lepas akibat kanser.” katanya
Pada Mei lalu, anak bongsu kepada tujuh beradik ini mengesahkan bahawa bapanya mengalami demensia (dementia) dan berkemungkinan menghidap Alzheimer. Kesannya, bapanya hanya ingat memori yang lepas.
Menyedihkan lagi, bapanya yang berumur 73 tahun itu juga tidak tahu berkenaan perkara yang melibatkan nombor seperti alamat rumah dan nombor telefon.
Perkongsiannya di TikTo telah menerima pujian ramai keraan ketaatan kepada orang tua serta sanggup berkorban masa hadapan dan usia muda.
Apakah itu demensia?
Cerita di atas telah menyebut mengenai penyakit DEMENSIA. Apakah itu demensia?
Seperti diterangkan oleh Profesor Madya Dr. Farizah Mohd. Hairi, ia bermakna penyusutan daripada segi kemampuan minda. Ia juga merangkumi masalah kehilangan ingatan, kekeliruan, perubahan keperibadian, penurunan kemampuan berfikir, dan kekurangan kemampuan melakukan aktiviti harian.
Demensia dianggap sebagai satu proses penuaan yang normal dan tidak dapat dielakkan. Walaupun secara fitrahnya, semua orang kehilangan beberapa neuron ketika usia meningkat, namun bagi pesakit demensia, kehilangan neuron berlaku pada kadar lebih besar.
Ia boleh merangkumi masalah hilang ingatan, penyusutan kebolehan berfikir, kebolehan menyelesaikan masalah, masalah pergerakan fizikal, kesukaran berkomunikasi, kawalan emosi, perubahan tingkah laku dan personaliti.