Siti Sarah telah mula ditidurkan dan bakal dibedah. Ini sebab pembedahan dilakukan

Siti Sarah telah mula ditidurkan dan bakal dibedah. Ini sebab pembedahan dilakukan

Jangkitan COVID-19 boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Kita banyak kali membaca dan mendengar, betapa sukarnya keadaan seseorang pesakit COVID-19 itu apabila berada pada tahap kritikal.

Baru-baru ini, seorang selebriti terkenal, Siti Sarah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) apabila tahap oksigennya tidak stabil.

Siti Sarah telah mula ditidurkan

Menurut pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengatakan bahawa Siti Sarah telah ditidurkan dan meminta simpati orang ramai agar mendoakannya.

“Doktor memaklumkan jam 2 petang ini Siti Sarah akan dibedah bagi menyelamatkan bayi yang dikandung. Insya-Allah dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua.

“Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa kita semua,”

Hal yang sama turut dimaklumkan oleh suami Siti Sarah, Shuib Sepahtu yang menjelaskan keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan. Tulisnya di IG seperti berikut:

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” 

Menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu

Sebelum ni telah dilaporkan bahawa Siti Sarah yang sedang sarat mengandung lapan bulan dikejarkan ke hospital sama keran  tahap oksigen yang semakin menurun.

Dialporkan juga, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk. Siti Sarah sekeluarga disahkan positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu.

Ini disahkan selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Kami mendoakan, semoga Siti Sarah kembali sembuh dan terus berbahagia bersama keluarga tercinta.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *