Berumur 33 tahun, tapi stamina padu. Ini cara & rutin hidup Azizulhasni yang ramai tak tahu

Berumur 33 tahun, tapi stamina padu. Ini cara & rutin hidup Azizulhasni yang ramai tak tahu

Sukan Olimpik Tokyo sudah melabuhkan tirainya. Untuk kebanyakan rakyat Malaysia, kelibat atlet berbasikal trek negara, Azizul Hasni Awang atau The Pocket Rocketman telah pun memberi isnpirasi dengan kejayaan memperoleh pingat perak dalam acara Keirin.

Seperti yang kita tahu, setiap kejayaan yang luar biasa mempunyai pengorbanan yang juga luar biasa. Di sebalik pecutan mempersonakannya, banyak tenaga dan keringat telah beliau curahkan untuk sampai ke tahap ini.

Rutin saya bermula pada pukul 5 pagi untuk menyiapkan diri bagi sesi latihan pagi

Latihan memecut oleh Azizul Hasni. Imej dari Sukanz

Dunia sukan berbasikal menggelarnya Pocket Rocketman kerana ukuran badannya yang kecil, namun memecut seperti roket untuk mengalahkan penunggang basikal lain yang bersaiz lebih besar.

Bayangkan, berapa banyak kayuhan dan stamina beliau perlukan untuk mengalahkan mereka yang bersaiz lebih besar? Walaupun merupakan seorang pelajar di Asutralia, beliau tetap berdisiplin dengan sesi laithannya.

“Saya berlatih enam hingga lapan jam sehari bergantung pada program dan blok latihan. Rutin saya bermula pada pukul 5 pagi untuk menyiapkan diri bagi sesi latihan pagi.

Latihan bermula pada pukul 6 pagi sama ada di gim atau berbasikal di jalan raya, yang biasanya berlangsung selama dua hingga tiga jam. – kata Azizul Hasni kepada Sun Daily

Sepanjang semesternya di universiti, beliau akan terus ke universiti selepas latihan, dan selepas kelas, beliau akan terus ke velodrome. Latihan di velodrome bermula pada pukul 1 petang dan selesai sekitar jam 4 petang hingga 5 petang.

Kemudian, beliau pulang ke rumah untuk makan malam, menghabiskan masa bersama keluarga dan mengulang kaji pelajarannya.

Baginya berbasikal adalah salah satu bentuk senaman dan rekreasi terbaik

Baginya, sukan berbasikal adalah sukan paling menarik di dunia. Ia menggabungkan semua elemen kemahiran, kepantasan, kekuatan dan kecergasan. Pada masa yang sama, berbasikal adalah salah satu bentuk senaman dan rekreasi terbaik. Nasihatnya adalah bahawa dalam apa sahaja yang anda lakukan, anda harus terus mencuba, bersabar dan jangan menoleh ke belakang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *